Tuesday 16 December 2014

"MANI Sebuah Karya yang Berbeza" - SYAFIE MAHYANI



KREDIT LEJEN
Setelah mendapat title Bestseller untuk karya pertamanya, Wanita Kimono Merah tidak membuat jejaka Syafie Mahyani berada dalam zon selesa. Kini penulis berbakat besar ini tampil dengan karya terbaru yang khabarnya lebih panas dan lebih hebat- MANI : Wanita Kebaya Kuning, secara rasmi berada di pasaran pada minggu lalu.

MANI : WANITA KEBAYA KUNING adalah sebuah cerita yang berbeza dengan WANITA KIMONO MERAH, lebih mendebarkan dan tentunya penceritaan serta penulisan yang berbeza, ujar penulis melalui sesi tembual secara online dijalankan.  Lebih manis lagi, novel yang mula dijual di Expo Buku 1Malaysia ini dinobatkan ditempat #1 novel dari Lejen paling laku..! Wah, permulaan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, karya bestseller beliau yang pertama WANITA KIMONO MERAH tersenarai di tangga #14 novel paling laku di expo tersebut.



Ketika ditanya prihal kontroversi mengenai karya pada awalnya, Syafie punyai jawapan sendiri. “Memang mengejutkan dan sedikit memberi tekanan. Akan tetapi saya cuba lihat dari sudut positif. Ya, mereka sudah menilai sebelum membacanya, sejujurnya lagi, saya tak sabar untuk mendengar reaksi pembaca. Memang ada beberapa pembaca yang suka akan cerita itu dan mereka tidak pula menimbulkan isu bahawa karya itu hanya didasari oleh sesuatu yang ramai katakan, karya lucah. Kedua, penulisan saya pada kali ini lebih matang berbanding WKM dan bagi saya kedua-dua karya ini saya sendiri sangat berpuas hati dan punyai keistimewaan tersendiri”, tegasnya.

“Tinggi harapan saya untuk karya kedua ini. Selain dekat dengan diri saya sendiri, saya berharap pembaca puas dan menikmatinya, itu yang penting”, jelas beliau. Pada perkembangan lain, penulis ini berhasrat juga untuk tampil dengan novel ketiganya pada 2015 ini.


DOMINASI LELAKI : Tahniah Syafie Mahyani untuk karya tersebut, semoga terus cemerlang dan menghasilkan sesuatu yang berguna dan menarik kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...