Wednesday 10 December 2014

NOORHALIMAN Dinobatkan Jejaka LISA 2014!



Pencarian Lelaki LISA yang menjadi aktiviti setiap tahun dari Majalah LISA akhirnya melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu dan menobatkan jejaka NOORHALIMAN MOHD NOOR HALIM sebagai Juara Pencarian Lelaki Lisa 2014. Jejaka berumur 23 tahun ini berjaya menewaskan beberapa calon lain untuk memenangi hadiah utama pada majlis tersebut serta berpeluang ke Bali, Indonesia.

Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Shafiq Rohizat dan ketiga pula diraih oleh Hery Azahari. Majlis diakan di Renault PJ dan menurut laman IG Lisa Malaysia, peserta dan pasukan LISA juga bakal menerima pakej percutian dari Triple M Vacations ke USS. Waah tahniah...!

Kami di Dominasi Lelaki mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pemenang. Semoga impian kalian akan tercapai dan rangkalah sebaik mungkin perjalanan kalian. Kepada yang tidak bernasib baik, ini bukanlah titik akhir untuk anda. Teruskan usaha dan semoga terus sukses selepas ini. Kepada NOORHALIMAN, tahniah! Anda kini LELAKI LISA 2014..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...