KREDIT : PAGE BRISBANE INTERNATIONAL |
Kejohanan pemanas badan menuju ke
acara Grand Slam pertama musim 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya petang
semalam waktu Malaysia apabila pilihan pertama kejohanan tepati ramalan apabila
muncul sebagai juara bagi WTA dan ATP Brisbane International 2015. Pada Sabtu
yang lalu, pilihan pertama kejonanan Maria Sharapova bangkit meneruskan
kemaraan walaupun tewas di set pertama 6-7 menewaskan pemain ke-7 dunia dari
Serbia Ana Ivanovic dengan tiga set 6-7 6-3 6-3 dalam masa lebih 2 jam
setengah. Dengan kemenangan pada kejohanan pertamanya di Brisbane, sekaligus
menambahkan lagi koleksi kejuaraan ke-34 dalam karier WTA-nya.
Dalam acara perseorangan lelaki ATP
Brisbane, Roger Federer dicabar hebat pilihan ketiga Milos Raonic dari Kanada
sebelum menang 6-4 6-7 6-4 pada aksi perlawanan lewat petang semalam. Tampak lebih
manis, dengan kemenangan yang dilakar oleh jaguh Switzerland ini sekaligus misi
1000 kemenangan perlawanan telah dipecahkannya. Dengan kejayaan yang disandang
oleh dua jaguh dalam dunia tenis ini, memperlihat mereka seakan memberi amaran
untuk saingan hebat pada aksi Terbuka Australia yang akan bermula pada minggu
hadapan.
No comments:
Post a Comment