kredit freddyo.com |
Setelah bertahun-tahun program
pencarian model terulung yang dikelolai oleh supermodel terkenal, Tyra Banks –
America’s Next Top Model berpihak kepada wanita, kini musim 21 yang menampilkan
peserta lelaki dalam program ini membuahkan hasil apabila buat julung kalinya
model lelaki dinobatkan sebagai JUARA AMERICA’S NEXT TOP MODEL 21. Juara musim
21 menjadi milik jejaka berumur 26 tahun, Keith Carlos.
Di pentas akhir, Keith membenam
cabaran terhebat dalam program ini, Will Jardell, model lelaki yang memiliki
ketinggian 196cm. Tampak manis lagi, bukan sahaja musim ini menyaksikan juara
menjadi milik mutlak model lelaki, Final 3 juga didominasi oleh model lelaki
iaitu Adam Smith, Will Jardell dan Keith Carlos.
kredit projectq.us |
Pada edisi kali ini turut menyaksikan
pelbagai drama yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ANTM sebelum ini.
Antara kejadian terbesar adalah persengketaan yang ditimbulkan oleh peserta
dari California, Romeo Tostado kepada Adam Smith yang menyaksikan penyingkiran
mengejut dilakukan oleh program ini. Jom kita TRIVIA sikit mengenai musim ini ;
1. KEITH CARLOS menjadi peserta lelaki
dalam sejarah ANTM yang menjuarai pertandingan ini.
2. TOP3 final didominasi oleh peserta
Lelaki iaitu KEITH CARLOS, WILL JARDEL & ADAM SMITH
3. ROMEO TOSTADO disingkirkan di episod 5
disebabkan mencetuskan pergaduhan, dan ini adalah kejadian terbesar dalam
sejarah ATNM.
4. CHANTELLE YOUNG yang tersingkir pada
episod 4 diserap masuk semula ke episod 10 atas kemenangan beliau dalam
COMEBACK-ANTM akan tetapi tersingkir semula pada episod 13
5. LENOX TILLMAN menjadi peserta wanita
terakhir tersingkir iaitu berada di TOP4 final.
6. Musim kali ini turut menyaksikan
percintaan antara model Denzel-Mirjana, Keith-Kari
No comments:
Post a Comment