Sunday 4 January 2015

PU AZMAN Juara PENCETUS UMMAH Musim 2


KREDIT : PAGE IMAM MUDA

Program pencarian pendakwah terulung, Pencetus Ummah bagi musim kedua telah melabuhkan tirainya malam semalam. Peserta kelahiran Negeru Sembilan, PU Azman telah dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah dengan menewaskan 3 finalis lain di mimbar akhir yang bersiaran secara langsung semalam. Pakar motivasi remaja yang berusia 33 tahun tersebut menewaskan calon terdekatnya, PU Faiz yang berkedudukan tempat kedua. Tempat ketiga dinobatkan kepada peserta dari Pahang, PU Yusof manakala tempat keempat dimenangi oleh PU Lokman.

Tampak manis lagi, PU Azman bukan sahaja pulang dengan mahkota kejuaraan Pencetus Ummah, beliau juga turut dinobatkan sebagai Peserta Pilihan Pendengar Sinar dan Anugerah Pilihan Prudential BSN Takaful. Menerusi kemenangan utama Pencetus Ummah, PU Azman memperoleh hadiah wang tunai sejumlah RM100,000, trofi, pakej mengerjakan umrah. PU Faiz menerima wang tunai berjumlah RM50,000, manakala PU Yusof dan PU Lokman masing-masing menerima RM20,000 dan RM10,000 beserta trofi dan pakej mengerjakan umrah.

Mimbar akhir diserikan dengan persembahan istimewa daripada Dato’ Hattan, Mawi, Hazama, Ayai, Daly dan Opick yang turut menjadi juri jemputan di mimbar akhir ini. Pencetus Ummah turut menampilkan Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi dan Fauziah Nawi sebagai murabbi dan fasilitator. Program ini dihoskan oleh Ustaz Zul dan Fizo Omar serta juri pada malam final adalah Ustaz Kazim Elyas, Abby Fana, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah dan Opick.

Keputusan Penuh Pencetus Ummah Musim Kedua
Juara : Pu Azman
Naib Juara : PU Faiz
Tempat Ke-3 : PU Yusof
Tempat ke-4 : PU Lokman
Pilihan Prudential BSN Takaful : PU Azman
Pilihan Pendengar Sinar : PU Azman

(Artikel ini ditulis pada 26 Disember 2014)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...