MARIA dalam halaman depan HauteLiving. Foto HauteLiving |
MARIA SHARAPOVA, nama yang tidak asing
lagi dalam arena sukan dunia, jelitawa dunia dan juga pemain tenis handalan ini
sering menjadi perhatian lensa kamera di gelanggang mahupun di luar gelanggang.
Selain bergerak aktif dengan sukan tenis yang diceburinya sejak remaja, wanita
berusia 28 (pada April) ini juga berjaya dalam bidang perniagaan – SUGARPOVA, candyline yang diusahakannya beberapa
tahun lalu.
Bukan sekadar itu sahaja, pemilik nama
MARIA SHARAPOVA-wanita kelahiran Rusia ini juga memegang rekod sedekad ATLET
WANITA TERKAYA DUNIA menerusi pelbagai tajaan serta hadiah kemenangan dalam
kejohanan sukan tenis. Wajah MARIA juga turut dipilih mewarnai jenama unggul
dunia seperti CANON, PORSCHE, AVON, TAG Heuer, NIKE, Cole Haan, Tiffany dan
beberapa jenama lain.
MARIA juga menjadi duta bagi PORSCHE. Gambar : seriouswheel |
Dengan menerajui 34 kemenangan dalam
jelajah WTA termasuk 5 kejohanan Grand Slam, 3 kali kecederaan bahu, MARIA
bangkit untuk menjadi yang terbaik dalam tempoh lebih sedekad beliau dalam
tenis profesional ini. Bukan itu sahaja, beliau juga menjadi perhatian dan
sentiasa dipilih menjadi penghias muka depan majalah ternama dunia serta
dilabelkan antara WANITA TERCANTIK DUNIA TENIS.
No comments:
Post a Comment