Friday 27 March 2015

SOO WINCCI, AARON AZIZ, IZARA AISYAH Bintangi Filem KAU YANG SATU


KREDIT FOTO MILIK PAGE WINCCI

Beliau seorang ratu cantik, beliau memiliki kepakaran dalam bidang peragaan, cekap memasak, sukakan nyanyian, pesona pemilik nama Soo Wincci usah diperkenal lagi. Penyanyi yang sedang gah di negara Taiwan ini melangkah maju ke hadapan dengan beberapa buah tangan terbaru. Setelah tampil dengan album antarabangsa dan mendaki carta di Taiwan menerusi album tersebut, Wincci bakal tampil menerusi filem terbaru yang kini sedang giat berlangsung pengambaran.

Kami di DL antara peminat Wincci, melihat beberapa keping gambar dan update yang dibuat oleh model ini, beliau sedang giat menjayakan antara watak terpenting dalam filem akan datang yang khabarnya berjudul KAU YANG SATU. Filem ini juga dibintangi oleh beberapa nama terkenal tanah air seperti Izara Aisyah, Aaron Aziz dan Zaidi Omar yang diarahkan oleh Osman Ali.
 
WINCCI menerusi update di FB rasmi miliknya. Kredit page Wincci
Menerusi filem ini, Wincci memegang watak Isabella. Tambah lagi, jika tidak silap filem ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang juga judul yang sama, KAU YANG SATU, karya Nia Azalea.

Apapun, kita sama-sama nantikan perkembangan dan jalan cerita. Mesti sentuhan dari Osman Ali bakal menjadi fenomena lagi ya. Semoga karya ini mendapat sambutan, selamat maju jaya kepada semua pasukan, pelakon dan tenaga kerja KAU YANG SATU.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...