Tuesday 31 March 2015

Carta 20 Radio CTFM Kini Kembali!



Siti akan muncul di Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015. Gambar SNTO

Carta ini menjadi antara madah dan pilihan pendengar untuk peminat penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza sebelum memberhentikan untuk seketika. Kini ianya kembali semula dengan tarikan dan pilihan lagi yang semakin bertambah.

Radio CTFM: Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza tampil semula dengan Carta CTFM yang menyepi sekian lama. Dengan plihan lagu lebih 150 buah lagu, Carta CTFM ini akan menyaksikan lagu manakah dari album-album milik Siti Nurhaliza menjadi pilihan undian dari pendengar dan peminat Siti Nurhaliza.

Tahukah anda bahawa Radio CTFM adalah radio yang hanya boleh didengari secara online di www.radioctfm.com dan dikelolai oleh peminat beliau yang berada di Singapura. Radio ini menjadi dan mendapat sokongan padu daripada peminat Siti sendiri. Radio online ini mula dilancarkan pada Jun 2009 dimana lagu Siti akan diputarkan.

Berbalik kepada carta, Carta 20 secara rasmi akan diumumkan oleh DJ Khyree pada 9.30 malam setiap Rabu. Kepada mereka yang ingin mengundi, boleh terus ke laman web rasmi CTFM atau boleh klik pada pautan yang kami sediakan ini -----> RADIO CTFM

Dalam perkembangan lain Siti, beliau akan muncul dalam Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 pada 7 April ini di Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...