Monday 22 June 2015

KISHORE NAATH, Juara Mister Malaysia 2016



KREDIT FOTO AZZAR D'SHOOTER
Memiliki sepasang mata yang menawan dengan lenggok tubuh yang menarik, mungkin itu adalah antara penyumbang kemenangan istimewa buat jejaka tampan, KISHORE NAATH ini. Jejaka tampan berusia 23 tahun ini baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Mister Malaysia 2016, dimana beliau menewaskan 15 peserta di pentas akhir Mister Malaysia 2016 yang lalu. Final Mister Malaysia 2016 berlangsung di Kota Dame, Kota Damansara dan dikelolai oleh Sdr Digun Rahman-pengasas HOT Search 2015. Kami mendapatkan KISHORE untuk update yang terkini.

DL : Tahniah atas gelaran yang dirangkul pada malam final. Kongsikan perasaan KISHORE ketika itu?
KISHORE : “Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dari pelbagai sudut, kawan-kawan dan juga pihak penganjur (Cikgu, Abg Digun, Abg Oda, Abg Kos) yang tidak jemu mengajar saya dalam industi ini. Perasaan? Saya sangat gembira dan teruja atas kejayaan yang diperoleh. Mulanya, memang saya sendiri tidak sangka ada peluang untuk menang pertandingan ini, dan alhamdulillah saya telah diumumkan sebagai Johan Mister Malaysia”, jelasnya. Tambah jejaka yang minat dengan gitar ini, beliau beranggapan bahawa dengan didikan dan kritikan yang membina telah membawa beliau ke level ini.


DL : Perkembangan terkini?
KISHORE : “Saya dalam persediaan rapi bagi final year awal bulan Julai nanti dan masih menunggu tarikh photoshoot dalam memperagakan baju pereka fesyen ‘street-wear. Pada masa yang sama juga, saya turut menunggu beberapa casting yang saya telah senaraipendek”.

DL : Dapat dilihat, KISHORE memiliki sepasang mata yang sangat tajam. Adakah ia menjadi satu kelebihan buat KISHORE sendiri untuk menyerlah berbanding peserta lain?
KISHORE : “Bagi saya, memiliki sepasang mata cantik menjadi satu bonus kepada diri. Pendapat peribadi, apabila sebarang interaski berlaku, mata amatlah memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, saya yakin memiliki sepasang mata yang menawan adalah satu anugerah yang bermakna”, gelak kecil.

DL : Apakah motivasi anda untuk menonjol dalam pertandingan sekaligus memenangi gelaran Mister Malaysia 2016?
KISHORE : “Saya tidak pernah memandang rendah terhadap peserta-peserta lain dan menganggap semua peserta memberikan saingan dan melengkapkan tugasan dengan bagus sekali. Saya memandang tinggi terhadap kebolehan masing-masing disamping ingin memberikan yang terbaik. Inilah motivasi diri yang sentiasa dibawa kemana-mana”, tegas jejaka yang juga pelajar tahun pertama Perubatan ini.
 
2 FOTO TERAKHIR KREDIT ARAZZS RAZZSWILL
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada KISHORE NAATH atas gelaran tersebut. Semoga dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin dan terus menjadi inspirasi kepada jejaka lain diluar. Kami juga mendoakan kecemerlangan anda dalam semua segi. Semoga terus berjaya menempa nama dengan cemerlang.

INFO KISHORE NAATH
NAMA PENUH : KISHORE NAATH
NAMA PANGGILAN : KEY SHORE
UMUR : 23 TAHUN
TINGGI : 172CM
PENDIDIKAN : PELAJAR TAHUN PERTAMA PERUBATAN
HOBI : AKTIVITI LUAR, MENDENGAR LAGU, BERMAIN GITAR DAN WORKOUT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...