Wednesday 24 June 2015

Imelda Masterchef Bakal Jelajah Eropah, Tampil dengan Buku Masakan Terbaru




Tampak manis tatkala beliau melangkah memasuki ruangan dewan di Saloma Bistro ketika sambutan Ulangtahun ke-20 Majalah SAJI, lantas kami di DL pantas mendapatkan beliau prihal perkembangan terbarunya. Bukan sahaja memiliki wajah yang comel, pemilik nama Imelda Harris kini khabarnya bakal melebarkan sayap ke tempat lain pula. “Perkembangan terbaru, in shaa Allah saya akan travel untuk akan datang”, senyumnya.

Peserta yang terkenal menerusi rancangan program realiti, Masterchef Malaysia ini bukan sahaja akan membawa kita semua mengikut jejaknya ke Eropah, akan tetapi wanita manis ini juga bakal tampil dengan buku terbaru, akan datang! . “Saya bakal tampil dengan buku masakan yang terbaru, iaitu buku ketiga saya”, jelasnya. Sebelum ini, beliau tampil dengan dua buah buku bersama peserta Masterchef Malaysia yang lain seperti Soo Wincci, Celina, Brian, ramai lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...