Tuesday 16 June 2015

Qari Iran dan Qariah Indonesia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56


KREDIT Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali-56 telah melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2015 yang lalu dengan menyaksikan Qari Iran dan Qariah dari Indonesia dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran pada edisi kali ini. Majlis tilawah ini berlangsung bermula pada 9 Jun yang lalu sehingga Ahad, di PWTC. Qari dari Iran yang memperdengar bacaan pada hari terakhir itu telah mengutip sejumlah 91.75%, tipis meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu wakil Malaysia-Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah dengan peratusan diterima 91.38%.

Bagi kategori Qariah, wakil Indonesia unggul mengetuai senarai Johan Qariah, berjaya mengumpul 91.55% jauh meninggalkan Naib Johan dari Filipina yang berjaya memperoleh 88.36%. Wakil Malaysia dari kategori Qariah tidak pulang dengan tangan kosong apabila berada di keduduka Ketiga di belakang Filipina dengan memperoleh 86.97%.

Seperti edisi sebelum ini, majlis tilawah turut menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran. Pada edisi kali ini, wakil Qatar unggul sebagai Johan Hafazan bagi kategori Lelaki dengan memperoleh 97.6% manakala kategori Wanita dimenangi oleh wakil Malaysia, dengan memperoleh 89.50%. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Menariknya, pada edisi kali ini turut menyaksikan peserta termuda iaitu Rumesa, Qariah Pakistan sebagai peserta termuda-berumur 13 tahun.

Keputusan Penuh Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56
Tilawah Al-Quran

Qari
1.       91.75 % (IRAN)
2.      91.38% (MALAYSIA)
3.      90.97% (FILIPINA)
4.      90.10 (BRUNEI)
5.      87.55% (ALGERIA)

Qariah
1.       91.55% (INDONESIA)
2.      88.36% (FILIPINA)
3.      86.97% (MALAYSIA)
4.      86.47% (BRUNEI)
5.      80.13% (THAILAND)

HAFAZAN
Qari
1.       97.6% (QATAR)
2.      96.26% (KUWAIT)
3.      92.75% (TUNISIA)

Qariah
1.       89.50% (MALAYSIA)
2.      89.38% (MAURITIUS)
3.      88.25% (TUNISIA)

Johan Qari dan Qariah menerima jongkong emas YaPEIM bernilai RM70,000, piala iringan serta wang tunai sebanyak RM40,000.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...