Monday 2 January 2017

FATTAH AMIN Lancar Single Terbaru, Wanita Terakhir




Nama pelakon, Fattah Amin menjadi satu fenomena besar pada tahun lalu apabila lakonan beliau bersama Neelofa menjadi bualan rata-rata peminat di Malaysia, tidak kurang juga di negara seberang. Tidak meletakkan dirinya di zon selesa, pelakon tinggi lampai ini membuka lembaran 2017 dengan single terbaru, Wanita Terakhir.

Single yang dilancarkan oleh Fattah, malam tadi secara rasmi menerusi live dianggap hadiah buat peminat yang sentiasa menyokongnya tidak berbelah bahagi. Jika sebelum ini, Fattah tampil dengan lagu Hero Untukmu, lagu Wanita Terakhir ini sedikit berbeza dan menggambarkan sisi lain kemampuan Fattah dalam menyampai sesebuah lagu.

Lebih menarik lagi, khabarnya lagu ini juga mempunyai maksud istimewa yang tersendiri menerusi bait-bait lirik dalamnya. Betul ke? Mungkin juga kan. Ya lah, mungkin hati Fattah kini sedang berbunga-bunga. Tak sabar rasanya hendak dengar berita gembira ini dari mulut empunya diri.

Apa pun, tahniah juga buat single ini apabila mengungguli carta iTunes di beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kurang 24 jam ia dilancarkan. Lagu Wanita Terakhir ini dijual secara digital di iTunes dengan harga RM2.90. (kredit gambar IG FattahAmin)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...