Monday, 11 April 2016

Wakil Perlis [FAUZI MOHAMAD]




Memiliki bentuk tubuh yang menawan bukanlah satu perkara yang mudah, ia memerlukan ketekunan, tahap disiplin yang tinggi untuk mencapainya. Jejaka mewakili negeri Perlis Indera Kayangan ini telah membuktikan bahawa dengan kesemua elemen tersebut, beliau kini berpuas hati kerana memiliki bentuk tubuh yang menjadi idaman kebanyakan jejaka diluar sana. Fauzi Mohamad, jejaka berusia 28 tahun (juga seorang jurulatih kecergasan) ini tampak bersedia untuk bersaing dengan teman-teman dalam persaingan merebut mahkota kejuaraan Mister Planet Malaysia 2016.

PERLIS INDERA KAYANGAN
“Antara tempat yang mencuri tumpuan di Perlis adalah Ladang Tebu Chuping. Sebagai sebuah pekan kecil di Perlis,  Chuping punyai keunikannya yang tersendiri. Manakan tidak, lokasi ini merupakan tempat dimana letaknya ladang tebu TERBESAR DI MALAYSIA. Tahukah anda bahawa keluasan ladang tebu ini adalah seluas 22,000 hektar. Tambahan lagi, ladang tebu ini juga mempunyai geografi yang menarik menjadikannya ia satu panorama indah yang mampu dinikmati sepanjang perjalanan sebelum tiba di Padang Besar”.

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Selain mudah belajar, beretika dan pencinta alam sekitar,  Mister Planet Malaysia juga harus peka dan perihatin terhadap perkembangan sosioekonomi, bencana alam, politik Malaysia dan informasi terkini industri seni tanah air”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto : Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park
 

Thursday, 7 April 2016

Wakil Pahang [AZWAN AABAS]




Azwan Aabas, jejaka berumur 25 tahun kelahiran Pahang ini menggalas negeri Pahang di pentas Mister Planet Malaysia 2016. Graduan dari UiTM ini menjadikan model Marcios Camargos sebagai sumber inspirasi dalam bidang yang diceburi.

PAHANG DARUL MAKMUR
“Pahang, sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Antara info yang terpenting yang mahu saya kongsikan kepada anda semua adalah TEMERLOH kini adalah titik tengah SEMENANJUNG MALAYSIA. Pahang juga terdapat pelbagai tempat yang sangat menarik untuk dilawati seperti Taman Negara di Jerantut, Tanah Tinggi Cameron Highland, Teluk Cempedak dan pelbagai lagi. Sudah pasti ini menjadi daya tarikan dan penarik kepada pelancong yang ingin menjadikan Pahang sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Selain itu, Pahang juga mempunyai pelbagai dialek yang sangat unik mengikut daerah-daerahnya. Bukan itu sahaja,  Temerloh (Titik Tengah Semenanjung Malaysia iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh yang ditentukan oleh kerajaan Negeri) juga sangat terkenal dengan ikan patin yang acap kali mendapat perhatian anak tempatan malahan para pelancong asing”.
 
CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Ciri-ciri penting haruslah mempunyai keyakinan pada diri yang kuat, bijak mengatur langkah, bersifat rendah diri berlandaskan kepenuhan ilmu di dada dan semetinya mempunyai pesona diri yang maskulin”.

Kredit
Mister Planet Malaysia 2016
Foto : Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park

Wednesday, 6 April 2016

Wakil Sarawak [MAXWELL LAWRENCE]




MAXWELL LAWRENCE, jejaka berusia 26 tahun ini mewakili Bumi Kenyalang, Sarawak di pentas Mister Planet Malaysia 2016. Serba sedikit prihal dirinya, MAX juga seorang pelajar dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Management and Science University (MSU) dan kini bergerak aktif dalam dunia peragaan sebagai model sambilan.

SARAWAK
“I came from the state of Sarawak and i’m representing the Land of The Hornbill, Sarawak. Sarawak is located on the island of the Borneo, East Malaysia. It’s amazing the rainforest and Rajang River is the longest river in the world and very important for transportation system and there are thousands of longhouse in Sarawak. I’m Iban and the Iban ethnic is the largest percentage of Sarawak’s population. We have 45 difference dialects and languages of ethnic in Sarawak. Sarawak also known for variety types of foods and have very unique taste, delicious and famous as well. For example, Laksa Sarawak and Kolok Mee. The famous celebration in Sarawak is Gawai Dayak Festival. Sarawak is a state that is truly made for an adventure, nature, cultural and wildlife. Come and explore to Sarawak. Sarawak where adventure lives".

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
"I think the key features that should have to be Mister Planet Malaysia is always have confidence, don’t give up, be humble, understanding of people and have a sense of fulfillment".

Kredit 
Mister Planet Malaysia 2016
Foto : Arazzsrazzswill
Tshirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo

Monday, 4 April 2016

FAREEZ, EIZAAZ & ZEN Kongsi Cerita


Edisi ketiga program pencarian Mister Planet Malaysia 2016 bakal ke acara kemuncak tidak lama lagi. Terkini, semua peserta sedang giat membuat persediaan yang cukup rapi menuju ke kemuncak yang bakal diadakan kurang dari sebulan lagi. Wajah Mister Planet Malaysia bukan hanya bersandarkan pada rupa semata-mata, akan tetapi pelbagai sudut akan dinilai bagi melayakkan seseorang jejaka tersebut dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia sekaligus bakal mewakili Malaysia ke acara prestij peringkat antarabangsa. Ayuh kita luangkan sedikit masa untuk mengikuti perjalanan dan pengalaman yang ingin dikongsikan oleh individu-individu yang merangkul kedudukan tertinggi pada edisi Mister Planet Malaysia edisi pertama pada tahun 2014.

Foto : AkuGraphy

EIZAAZ FAREZ ZAKARIA
Bergelar juara pada edisi pertama MPM2014 pada ketika itu telah membuka lembaran baru buat anak jati kelahiran Kedah ini. Jejaka tinggi lampai ini juga bukan pertama kali menyertai program seperti ini, malahan pernah juga menyertai beberapa program pencarian male pageant seperti Mister International beberapa tahun yang lalu. Kini, penyandang juara MPM2014, Eizaaz seorang individu yang mempunyai jadual yang sangat padat, iaitu menjadi pengurus di salah sebuah bank dimana beliau mengurus di bahagian kewangan dan pemasaran. Tambah bicaranya, “Beza sebelum dan selepas MPM , saya kini lebih matang dan peluang yang diberikan oleh pihak MPM saya telah gunakan dengan sebaiknya”.

Enggan memberi komen prihal cinta dan pribadi, jejaka ini ingin fokus kepada masa depan dan impiannya mahu menjadi seorang ahli ekonomi yang berjaya. “Cinta? Kisah cinta saya sudah lama, no komen hahaha”, sambil tertawa. “Jika kalian tidak tahu, saya juga bercita-cita ingin membuka pusat bahasa dan kewangan saya sendiri”, tambahnya lagi. Bercakap prihal MPM2016 yang terkini, Eizaaz juga turut berkongsikan tip kepada para peserta. “Tip saya mudah, be authentic, be ambitious and take all the journey with strength, determination and hardwork”, tegasnya.
 
Foto : Hazwan Sidek
FAREEZ VINCENT AMOS
Fareez dinobatkan sebagai tempat ketiga Mister Planet Malaysia 2014, jejaka yang mewakili negeri Perak di pentas MPM2014 kini melakar perjalanan karier dengan penuh bergaya apabila beliau bukan sahaja sibuk dengan menjadi tenaga pengajar di UiTM Shah Alam, Fareez juga turut aktif dalam bidang peragaan dan sering dijemput menjadi salah seorang juri di acara-acara khas. “Saya kini seorang pensyarah di fakulti pendidikan. Saya sekarang lebih kepada akademik dan berhasrat menyambung PhD dalam masa terdekat. Harap impian tersebut tercapai”, jelasnya.

Dengan platform yang dibina olehnya pada MPM yang lalu, beliau juga diberi peluang untuk berada dihalaman bagi majalah, akhbar,  malah turut berpeluang berlakon (2 drama).
Tip untuk MPM2016, “Untuk target kemenangan, kita perlu ada mindset dimana kita perlu lihat dimana kekuatan diri kita, kita kaji diri sendiri dan lihat kekuatan yang kita ada. Jadi, kita gunakan sebaik mungkin”. Tambahnya lagi, “Pada ketika itu, mungkin kekuatan saya dari segi pengalaman (modelling) kerana bermula sekitar 2011, selain itu saya juga ada sedikit mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan. Untuk bersaing dengan peserta lain, saya perlu kaji diri sendiri dan juga diri peserta lain secara diam, dari sini saya boleh memperbaik kelemahan saya untuk jadi yang terbaik kelak”, jelasnya.

Fareez juga menegaskan bahawa SIKAP amatlah penting. Tambahnya lagi, jenama MPM makin dikenali dan berharap agar menjadi platform kepada jejaka diluar untuk melangkah lebih jauh dalam industri terutama industri hiburan dan peragaan. “All the best untuk semua peserta MPM2016”, katanya.


Foto : IG Zen
ZEN ZYKER
Bukan sahaja mempunyai susuk tubuh yang menawan, jejaka mewakili Pahang di pentas MPM2014 ini juga turut mempunyai mata dan senyuman yang menarik. Manakan tidak, kini beliau antara jejaka yang dilamar menjadi bintang iklan bagi memperagakan produk. “Perkembangan terkini saya seperti biasa, masih bekerja sebagai Medical Technologist di Hospital Tangkak, Johor. In shaa Allah jika ada tawaran modelling saya akan cuba ushakan, itupun jika tidak bertindih dengan kerja saya”, mulanya.

Ingin  terus fokus dalam bidang kerjaya, jejaka tegap ini mengakui pernah bercinta ketika di Tingkatan 5 lalu. “Kisah cinta saya dah lama, rasanya last dalam form5 dulu rasanya. Malas mahu difikirkan. Lupa dh rasanya hahhaha”, tersenyum. “Perkara paling penting 2016 ini, saya mahu jadi yang terbaik dan lebih baik dari sebelum ini”, tambahnya. Zen turut mengisi masa lapang dengan workout dan main game.

Tip untuk MPM2016, “Be smart, be outstanding and most important thing is be YOU”, tegasnya. Selain itu juga, beliau tidak menolak keinginan untuk mempunyai perniagaan sendiri pada masa akan datang.

DL : Tahniah dan terima kasih kepada Eizaaz Farez, Fareez Vincent dan Zen Zyker untuk sesi ini. Semoga terus berjaya ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...