
Autumn Di Hatiku meneruskan
kesinambungan musim pertama apabila Nina
lakonan, Hanez Suraya kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain
memendam rindu kepada Zidick dan Autumn ( Kim Jin Sung ), Nina perlu berhadapan
dengan pesaing perniagaannya.
Musim kedua ini menyaksikan jenama
penjagaan kulit, Garnier yang turut tampil bersama menerusi siri ini. Garnier
amat teruja untuk bekerjasama menerusi drama ini kerana penglibatan barisan
pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik. Tambahan lagi, kita sedia
maklum bahawa menerusi drama ini mampu menarik perhatian golongan muda seperti
juga jenama Garnier.
Mungkinkah hubungan Autumn dengan Nina
kembali bersatu? Adakah kehadiran Summer lakonan Youmie Robert memusnahkan
segalanya? Jangan lupa menonton Autumn Di Hatiku 2 bermula 27 Februari 2014
hingga 26 Mac 2014, 12 tengahari, bergenre komedi romantik. Barisan pelakon
yang terlibat adalah Hanez Suraya, Kim Jin Sung, Youmie Robert, Ezzaty
Abdullah, Amran Ismail, Eidil Putra.
No comments:
Post a Comment