Sunday 2 February 2014

Soo Wincci Tampil Penuh Bergaya dalam HARMONI




Jika sesiapa yang sentiasa mengikuti program masakan yang sangat terkenal di Malaysia iaitu Masterchef bermula dari slot Selebriti sehinggalah Masterchef Malaysia All Stars mesti terpesona dan kenal dengan wajah cantik dan susuk tubuh milik penyandang ratu cantik 2008 dan juga kini yang bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Soo Wincci.
 
Bagi edisi keluaran 1-15 Februari 2014 ini, DL peroleh majalah Harmoni yang juga menjadi pilihan DL untuk mencari bahan dan mendapatkan pelbagai tip. Dengan pemilihan rona oren dan pastel, pemilihan Soo Wincci bergaya dan cantik, sangat bertepatan dengan tema dan bulan Tahun Baru Cina yang bakal disambutnya pada 31 Januari 2014 ini. Mesra disapa Wincci, beliau kini sangat aktif dalam bidang nyanyian dan DL mendapat berita beliau melebarkan sayapnya ke negara Taiwan. Tahniah buat Wincci. Semoga semakin hebat di negara lain dan menjadi yang terbaik.



Dalam perkembangan lain juga, Wincci juga turut melancarkan album berbahasa Melayu terbaru yang menampilkan 4 buah lagu baru dengan 1 minus one. Wincci mempertaruhkan Su Win Si by Soo Wincci yang telah berada di pasaran sekitar penghujung Disember 2013 lalu yang mempunyai koleksi lagu-lagu yang menarik seperti Terus Teranglah menampilkan Joe Flizzow, Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor 1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...