Sunday, 2 February 2014

Siti Nurhaliza Wakili Malaysia dalam 7th International Song Contest 2014




Berita terbaru yang pihak DL hidu daripada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza - kini beliau wakili Malaysia bagi satu anugerah dipanggil 7th International Song Contest 2014. Tahniah bagi wakil negara kita dan juga pelantun lagu Biarlah Rahsia ini apabila tersenarai di semifinal ke-3 menerusi lagu Stand Up yang dimuatkan dalam album sulung inggerisnya berjudul All Your Love yang dilancarkan sekitar 2011.

Bagi peringkat kini, sejumlah 17 buah negara bakal berentap bagi merebut 5 kedudukan terbaik secara tidak langsung bakal menempatkan TOP5 di peringkat akhir 7th International Song Contest 2014. Antara negara yang tersenarai seperti Malaysia yang diwakili oleh Dato’ Siti Nurhaliza, Italy, Peru, Mexico, Australia, Denmark, San Marino, Slovenia, Portugal, NZ, Zambia, Norway, Bolivia, Netherlands, Congo, Bulgaria, Uruguay. Anugerah dan pertandingan ini berlangsung di Itali.


Undian mestilah dilakukan dengan memilih 5 buah negara, jika pemilihan hanya dibuat hanya 1 negara sahaja, automatik undian anda dibatalkan. Jadi, undilah wakil dari MALAYSIA, sudah semestinya sekaligus menempatkan Siti Nurhaliza, wakil negara kita tersenarai dalam TOP5 di peringkat akhir. Tarikh tutup bagi undian adalah pada 11.59 malam, 9 Februari 2014 ini. Siti Nurhaliza juga bakal berdepan laluan pemenang Grammy, Lorde dari New Zealand.

undian boleh dilakukan di pautan yang disediakan - UNDI DISINI

teaser Stand Up dari Siti NurhalizaSTAND UP
 
Selamat maju jaya Siti Nurhaliza.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...