Saturday 22 February 2014

Konsert Amal Dato' Shake 10 Mei 2014, UMI diberikan Nafas Baru

Selasa, 18 Februari 2014 – penyanyi Dato’ Shake baru-baru ini telah melancarkan klip video terbaru yang berjudul UMI, iaitu sebuah lagu yang diberikan nafas baru serta sidang media bagi konsert amal beliau yang bakal diadakan pada 10 Mei 2014 di Kuching, Sarawak.


Menerusi klip video terbaru ini, dapat dilihat pemilihan melodi masih sama akan tetapi diberikan nafas baru serta suntikan element blues. Klip video ini dilakukan sekitar Bandar Paris seperti memberi simbolik kepada beliau yang terkenangkan kepada uminya tatkala berada di Paris. Tambahan lagi, klip video ini juga beliau tujukan kepada semua yang bergelar ibu/umi.

Bercakap prihal konsert amal beliau yang diadakan di Sarawak pada Mei nanti, beliau memilih tarikh iaitu 10 Mei kerana ianya mempunyai tarikh yang sama dengan hari ibu. Konsert ini juga lebih kepada konsep mengimbas kembali kepada era tahun sebelum ini. Lebih menarik lagi, pemuzik dan penari juga akan berkolaborasi antara pemuzik Malaysia-Paris.

Konsert berdurasi selama sekitar 2-3 jam ini menampilkan lagu hit dari penyanyi ini sendiri serta ada kejutan yang bakal dibuat olehnya sepanjang konsert ‘Perjalananku’ ini berlangsung. Dijangkakan sekitar 30 buah lagu bakal dibawa dengan iringan pemuzik Malaysia-Peracis. Klip video tersebut boleh ditonton di laman Youtube.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...