Sunday 23 February 2014

SU WIN SI Hadiah Istimewa Soo Wincci




Beliau seorang gadis memiliki raut wajah yang cantik, memiliki kepakaran dalam bidang masakan serta dalam bidang akademik, kini penyandang Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci tampil dengan album mini berbahasa Melayu sepenuhnya, Su Win Si yang memuatkan 4 buah lagu ciptaan Ajai dan beliau sendiri. Penampilan beberapa album sebelum ini yang dikira sangat berjaya, telah menarik beliau menghasilkan album mini berbahasa Melayu dek kerana diakui bahawa pengikut kerjaya seninya juga ada dalam kalangan kaum Melayu. Wincci juga sangat bertuah kerana dalam album ini, beliau juga telah merakamkan sebuah lagu hasil sentuhan Joe Flizzow, ‘Terus Teranglah’ yang juga diangkat sebagai single pertama melalui album ini.

Melalui album Su Win Si ini juga, Wincci berjinak-jinak dalam penghasilan lagu dan mendapat sambutan yang baik daripada penerbit album, Ajai. Menerusi lagu ‘Musim Asmara’, Wincci telah berkolaborasi bersama dengan Ajai menghasilkan melodi yang indah serta diserikan dengan nukilan lirik yang puitis hasil sentuhan Slen. Su Win Si dipertaruhkan oleh jelitawan ini juga kerana memudahkan semua peminat untuk menyebut nama Wincci dalam perkataan Melayu bagi peminat bangsa Melayu.


Dalam perkembangan lain, wanita yang diangkat antara wanita tercantik dunia pada tahun 2013 ini sedang aktif di Taiwan bagi mengembangkan lagi kerjaya seninya diperingkat antarabangsa. Semoga Soo Wincci terus berjaya pada masa akan datang. Selain memiliki rupa paras yang menawan, Wincci juga pemegang degree jurusan Undang-Undang daripada Universiti Reading di UK dan memiliki MBA daripada Universiti Sunshine Coast dan akan menamatkan PHD dalam jurusan Perniagaan pada tahun 2014 ini.

Lagu yang terkandung dalam album Su Win Si dari Soo Wincci adalah seperti Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor Satu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...