Saingan yang sengit daripada pelbagai saluran
dunia dengan percaturan yang sangat hebat. Malaysia yang bakal diwakili oleh 2
wakil yang bakal berentap di atas pentas di Singapura bagi merebut gelaran
Miss/Mister Teen Prince Southeast Asia 2014 yang bakal berlangsung pada 6-7 Jun
2014 ini.
Jejaka yang memiliki rupa paras yang
sangat komersial ini, juga seorang finalis bagi Mister Planet 2013/2014 bagi
negeri Selangor akan diiringi dengan seorang gadis berumur 19 tahun juga dari
Selangor iaitu Manisha Kaur. Selain Malaysia, antara negara yang bakal berentap
pada pertandingan tersebut adalah China, Indonesia, Vietnam, Sri Lanka,
Thailand, Singapore, Taiwan, Filipina dan beberapa buah negara lain lagi.
Dalam perkembangan lain, beliau yang
mesra disapa Haniff kini dalam persediaan dari segi fizikal dan mental seperti
mencari sumber-sumber pengetahuan am, menjaga diet pemakanan serta latihan bagi
mendapatkan bentuk badan yang mantap menjelang pertandingan ini.
“Target saya sudah tentu mahu yang
terbaik..! apapun saya ambil pengajaran dari pertandingan yang saya pernah
sertai sebelum ini seperti di Mister Planet yang lepas. Untuk kali ini, saya
akan lakukan lebih dari 200% dan bawa semua ilmu yang sudah diajar ke
pertandingan seterusnya, saya akan buat yang lagi terbaik, pada masa yang sama
mahu mengharumkan negara”, katanya lagi dalam sesi wawancara penuh santai
bersama Dominasi Lelaki.
DOMINASI LELAKI : kami sangat kagum
dengan semangat yang ada pada anak muda ini, semoga dapat mencapai semua impain
dan harapan. Selamat berjaya..!
Biodata ahmad haniff ada tak??
ReplyDelete