Saturday, 8 February 2014

Dato' Siti Nurhaliza LIVE in Concert 'Where The Heart Is' Cemerlang..!





Persembahan yang menarik, sentuhan busana yang indah, alunan vokal yang sukar ditandingi , beliaulah diva dan permata negara dalam persada seni tanah air Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Sebuah konsert amal yang diangkat oleh beliau untuk 2 hari berturut-turut di Plenary Hall, KLCC ini menampilkan dimensi berbeza Siti. Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live in Concert Where The Heart Is merupakan konsert amal yang berteraskan kemurnian serta kesucian hati sebagai simbol dimana pihak Yayasan Nur Jiwa yang dibangunkan bersama oleh pasangan suami isteri ini.


Konsert tersebut berlangsung selama sekitar 2 jam menyaksikan Siti membawakan beberapa lagu yang belum pernah dibawakan oleh beliau serta jarang dibawakan dalam konsert beliau sebelum ini. Sebagai konsert amal, apa yang cuba diketengahkan oleh Siti melalui pemilihan tema adalah sebagai tanda ucapan terima kasih atas kesudian orang ramai dan penonton untuk hadir memberi sokongan dan menonton persembahan dan secara tidak langsung mereka juga turut membantu tujuan murni Yayasan Nur Jiwa ini.



Sebagai pembukaan majlis ini, Siti Nurhaliza mendendangkan Siti Situ Sana Sini yang juga sebuah lagu yang terkandung dalam album terbaiknya, Transkripsi. Selain lagu tersebut, lebih daripada 15 buah lagu Siti bawakan termasuk lagu penuh serta medley. Antara lagu yang dibawakan oleh beliau sekitar konsert selama 2 jam ini adalah Jalinan Cinta, Kesilapanku Keegoanmu, Purnama Merindu, Nian Di Hati, Sekian Lama, Mawarku, Intrig Cinta, Tanpa Kalian, Biarlah Rahsia, Lebih Indah, Muara Hati, Jerat Percintaan, Kau Kekasihku serta beberapa segmen seperti lagu tradisionalnya, Cindai & Nirmala serta selingan lagu inggeris daripada album beliau All Your Love iaitu Remember You, Stand Up. Siti juga turut menampilkan Hazama sebagai penyanyi jemputan dan berduet melalui lagu popular daripada penyanyi Pink, Just Give Me The Reason.















Pada perkembangan lain, Siti juga turut memperkenalkan sebuah lagu baru yang turut dimuatkan dalam album pop terbaru beliau yang mungkin akan berada di pasaran sekitar pertengahan tahun ini, Jaga Dia Untukku yang dianggap istimewa dan luahan hati Siti Nurhaliza. Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini, 7 & 8 Februari 2014 ini diketuai oleh komposer terkenal, Aubrey Suwito serta Syazwan Zakariah bertindak sebagai pengerusi majlis. Pereka fesyen terkenal yang terlibat pada kedua-dua malam tersebut adalah Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Ezuwan Ismail dan Qudyn manakala Siti mendapat sentuhan jurumekap pilihan beliau yang terbaik iaitu Nurul Shukor dan Epie Temerloh. Antara selebriti-selebriti yang kelihatan pada malam pertama konsert ini adalah Ziana Zain, Erra Fazira, Faradhiya, Shila Amzah, Sharifah Sakinah, Izara Aishah dan beberapa selebriti lain. Konsert ini anjuran bersama iaitu Yayasan Nur Jiwa, SimplySiti dan Siti Nurhaliza Productions. Terima kasih Razzman untuk gambar tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...