Saturday 18 August 2012

MUARA HATI Taruhan TERBAIK Dato' Siti & Hafiz


Pesona yang memukau, pembawakan & pengawalan vokal yang TERBAIK..! DL rasa kata-kata inilah yang boleh DL gambarkan kehebatan 2 penyanyi ini ; Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz . Mempertaruhkan MUARA HATI yang diilhamkan oleh Hafiz sendiri & sentuhan magis Adi 6ixth Sense, lagu MUARA HATI ini diibaratkan akan memberi satu fenomena yang HOT kepada 2 penyanyi HEBAT ini. Seperti biasa, magis Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu dipertikaikan lagi apabila beliau dengan jayanya membawakan lagu ini dengan begitu sempurna sekaligus bakal menambat hati pendengar diluar ditambah pula dengan kelunakan vokal oleh Hafiz sendiri.


Lagu MUARA HATI ini adalah lagu tema bgai drama ADAM & HAWA yang bakal ke udara bermula Isnin (Isnin hingga Khamis ), 27 Ogos 2012 ini di Astro saluran Mustika HD.

Adakah gabungan mantap ini bakal mencetuskan fenomena terbesar..? adakah MUARA HATI ini bakal ‘merobohkan’ tembok OMBAK RINDU..?? apa pendapat anda semua..?

KLIK DISINI untuk MTV Muara Hati ( Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz ).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...