Monday 27 August 2012

Perbezaan KATA PEMERI 'ialah' & 'adalah'



Kata Pemeri ialah elemen atau unsur yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa dalam prediket. Kata Pemeri terbahagi kepada 2 jenis;

·        ialah ( hadir di hadapan Kata Nama )
contoh :
1)      Warna biru ialah warna tema baju raya kami tahun ini.
2)     Encik Amer ialah seorang pensyarah.
3)     Biskut Sutramaya ialah biskut kegemaran sahabat saya.
4)     Maria Sharapova ialah atlet wanita paling kaya di dunia.

·        adalah ( hadir di hadapan Frasa Adjektif & Frasa Sendi Nama )
contoh :
1)   Keputusan yang dibuat itu adalah muktamad.
2)  Kenaikan harga barang di kantin sekolah itu adalah tidak wajar.
3)  Objektif utama program motivasi yang diadakan itu adalah untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pelajar.
4)  Kenyataan saksi mengenai kes pembunuhan itu adalah sangat penting.

**akan tetapi, pelajar harus INGAT bahawa Kata Pemeri ini TIDAK BOLEH HADIR bersama-sama KATA NAFI kecuali dalam binaaan ADALAH + KATA NAFI + FRASA ADJEKTIF ;
Contoh :
1)      Keputusan perlawanan yang diadakan di stadium tertutup tersebut adalah tidak adil dan terpaksa dibantah.
2)     Dunia yang dicipta oleh Tuhan ini adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua.

Sumber : Dirujuk & diubahsuai oleh DOMINASI LELAKI dari Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

DOMINASI LELAKI : semoga para pelajar dapat menggunakan nota-nota tersebut dengan sebaik mungkin, mengetahui cara penggunaannya dengan betul & tepat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...