Saturday 2 November 2013

'LEBIH INDAH' UNGGUL di Carta Suria 30




Hari ini Dominasi Lelaki berkesempatan mendengar Carta Suria 30 yang memperlihatkan 30 lagu pilihan undian orang ramai yang dikendalikan oleh dj terkenal, Linda Onn.
Apa yang ingin dikongsikan disini dan menariknya hari ini, buat pertama kalinya DJ mengumumkan jumlah undian yang dimiliki oleh juara Carta 30 iaitu pada ketika ini, juara masih kekal milik penyanyi NO.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan LEBIH INDAH yang kian terkenal kini.

 

Lagu yang mempunyai melodi sangat indah hasil nukilan Aubrey Suwito dengan lirik yang indah nukilan AD Samad menduduki carta pertama bagi Carta Suria 30 dengan menewaskan Tegar yang sangat popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dengan margin undian yang sangat besar iaitu LEBIH INDAH mempunyai undian jauh kedepan ( 8654 ) meninggalkan Tegar ( 2042 ) ketika artikel ini ditulis. Tambah Linda lagi, pendengar harus bekerja dengan lebih keras supaya memberi saingan kepada LEBIH INDAH hasil nyanyian Siti Nurhaliza, yang diibaratkan agak sukar untuk digugat dan memperoleh undian yang sangat jauh ke hadapan.

DOMINASI LELAKI : Tahniah buat Siti, Ya, satu pencapaian yang tinggi buat beliau kerana undian yang dilakukan oleh peminat lagu LEBIH INDAH sangat kuat. Tidak menidakkan kemampuan yang lain, tapi ini adalah salah satu persaingan yang sihat kepada lagu-lagu yang tercalon. Jika tidak salah lagu LEBIH INDAH juga antara lagu yang naik mendadak selepas ianya dicalonkan. (maaf jika ada kesilapan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...