Jenama terkenal dunia, GUCCI telah ‘melahirkan’
satu lagi ‘cahaya keemasan’ mereka pada musim luruh 2013 ini iaitu MADE TO
MEASURE yang memberi simbolik kepada maksud ‘wordly and refined’. Harumanini bersifat
lebih maskulin dengan cetusan ilham pasangan bersama haruman feminine GUCCI
Premiere 2012.
Jika diperhatikan kepada iklan dan
sentuhan reka bentuk dan warna gelas pada haruman tersebut segalanya berkaitan.
Olahan sentuhan unggul keemasan dan kelabu mutiara pada botol tersebut tampak
sangat mewah dan sangat berkualiti setanding dengan nama GUCCI yang sangat
dikenali seluruh dunia. Pada rekaan botol tersebut juga tertera tandatangan
pengasas, iaitu GUCCIO GUCCI.
TOP NOTES : CALABRIAN BERGAMOT –
TUNISIAN ORANGE BLOSSOM – LAVENDER – ANISE
MIDDLE NOTES : NUTMEG – WATER LILY –
PLUM – CINNAMON – JUNIPER BERRIES
BASE NOTES : LABDANUM – PATCHOULI –
LEATHER – AMBER
No comments:
Post a Comment