Pada tahun ini, 2 tokoh Ma’al Hijrah
telah diumumkan pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Dewan
Plenari, Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang menyaksikan bekas
menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Abduk Hamid Zainal
Abidin ( kebangsaan ) manakala peringkat antarabangsa pulak diberikan kepada
pendakwah global dari India iaitu Dr Zakir Abdul Karim.
Berita tersebut diumumkan oleh ketua
JAKIM pada majlis manakala pemilihan tokoh Ma’al HIjrah tersebut adalah atas
sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Tokoh Ma’al Hijrah tersebut membawa
pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan Ma’al HIjrah 1435H,
sijil penghargaan berbentuk plak dan sijil penghargaan beserta bingkai. Semua
hadiah tersebut disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Badlishah.
olahan kembali metro
No comments:
Post a Comment