Penyanyi terkenal dan penyanyi no.1
Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza dijadulkan bakal membuat persembahan mewakili
negara Malaysia ke Jepun dalam Festival Muzik Asean – Jepun. Siti kelihatan
sangat teruja dan tidak sabar mahu ke Jepun dan festival tersebut bakal
berlangsung pada 28 November 2013 ini.
Ia satu penghargaan kepada Siti
sekaligus membawa nama negara dan muzik Malaysia di pentas dunia sekali lagi. Konsert
itu juga bagi meraikan tahun ke-40 kerjasama dan jalinan negara ASEAN – JEPUN yang
turut dihadiri oleh penyanyi terkenal lain dari negara-negara terlibat seperti
Agnes Monica ( Indonesia ), Bird Thongchai Mclyntre ( Thailand ), Olivia Ong (
Singapura ) dan ramai lagi.
Setiap artis diberi masa 6 minit pada
setiap persembahan dan Dato’ Siti Nuhaliza akan menyampaikan medley iaitu
BIARLAH RAHSIA, diteruskan dengan lagu lama Jepun dan diakhiri dengan lagu ‘keramat’
daripada suara emas ini, NIRMALA.
No comments:
Post a Comment