Monday 30 June 2014

KITA Taruhan Forteen


KREDIT : WIKI

Selain memiliki rupa paras yang menarik, kumpulan yang semakin popular, Forteen juga mempunyai bakat suara yang terbaik. Kini, kumpulan yang dianggotai oleh 4 jejaka ini tampil dengan album sulung yang diberi judul “KITA”.

Mempertaruhkan 6 buah lagi, album sulung ini ibarat satu platform untuk mengukuhkan lagi jenama Forteen dalam industri. Setelah tampil dengan single pertama, “BERDUA BERSATU” pada sekitar Ogos 2011 dan menjadi pilihan pendengar, nama kumpulan ini terus melonjak. Antara single mereka yang terkenal seperti “SEPERTI DULU” dan “KITA” yang juga turut menyerlah dalam industri.

Album “KITA” ini boleh dilabelkan sebagai langkah bertuah kepada kumpulan ini apabila hampir kesemua lagu yang dibawakan oleh anak muda ini mudah diterima dan mendapat sambutan, melodi dan lirik juga menarik. Jadinya, album “KITA” ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh peminat mereka dan penggemar muzik.

Antara lagu yang terkandung juga dalam album ini adalah seperti “KETIKA INI”, “TIDAK PERNAH BERJUMPA” dan “DIKAU SAJA”.  Bagi pilihan kami di DL, kami memilih “SEPERTI DULU”, “TIDAK PERNAH BERJUMPA” dan “KITA” sebagai pilihan. Tahniah kepada Forteen, keseluruhan dalam album ini sangat menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...