Wednesday 10 December 2014

SITI NURHALIZA & SONAONE Menang Besar di AIM21

kredit gambar EirwanAhmad

Anugerah Indutsri Muzik 21 (AIM21)2014 telah melabuhkan tirainya pada malam Sabtu lalu. Tahniah diucapkan buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang memenangi bagi kategori Album Terbaik menerusi album Fragmen, Vokal Wanita Terbaik dalam Lagu menerusi Lebih Indah, Akim menerusi Kategori Vokal (Mewangi) dan penyanyi rap, SonaOne unggul dengan trofi Lagu Terbaik menerusi No More.

Siti Nurhaliza, selain unggul dengan album Fragmen yang membawa tuah buat dirinya, pencalonan album Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong. Siti juga berjaya mengungguli bagi kategori Rakaman Album Terbaik menerusi album tersebut. Lebih manis lagi, trofi Vokal Wanita Terbaik dalam Lagu yang dimenangi beliau adalah buat kali ke-12 dalam kariernya menerusi AIM. Tahniah, satu pencapaian yang sukar diatasi setakat ini.

Penyanyi rap, SonaOne mencipta sejarah AIM sendiri apabila lagunya berjudul No More dinobatkan sebagai lagu terbaik bahkan menjadi lagu pertama dalam sejarah AIM mengangkat lagu inggeris sebagai Lagu Terbaik. Senarai keputusan penuh AIM21 ;

Album Terbaik : Fragmen (Siti Nurhaliza)
Lagu Terbaik : No More (SonaOne)
Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) : Lebih Indah (Siti Nurhaliza)
Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Lelaki) : Mewangi (Akim Ahmad)
Persembahan Vokal dalam Lagu (Berkumpulan) : Azhael (Hujung Waktu)
Lagu Pop Terbaik : Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
Lagu Rock Terbaik : Rentak Laguku (Amy Search & Bunkface)
Lagu Etnik Terbaik : Akar Kita Zapin (Ihab Ismail)
Lagu Nasyid Terbaik : Rindu Allah Sayang Allah (Iwan Syahman & Iwan Junior)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : No More (SonaOne)
Lagu Hip Hop Terbaik : Apa Khabar (Joe Flizzow feat SonaOne)
Vokal Duo/Kumpulan Terbaik : Nora feat Mosyi, Alif dan Putri (Selamanya Bahagia)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara : Salahkah (Hafiz & Rossa)
Kulit Album Terbaik : #1 (Stacy)
Susunan Muzik Terbaik dalam Lagu : Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan)
Rakaman Album Terbaik : Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia (Siti Nurhaliza)
Video Muzik Terbaik : Falling (Yuna)
Artis Baru Terbaik : Poova
Anugerah Seri Wirama : Datuk Ramli Sarip

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...