Monday, 2 September 2013
Friday, 16 August 2013
AMOUAGE FATE Haruman Bercirikan MEWAH
Jenama haruman terkenal dunia, AMOUAGE
baru-baru ini memperkenal satu lagi keluaran terbaru daripada syarikat mereka
yang dipanggil AMOUAGE FATE. Haruman yang hadir dalam pasangan romantik ini
dikeluarkan dan dipasarkan sekitar Jun 2013.
Berketerampilan menarik dengan
perician mewah pada botol menepati citarasa unggul pilihan pengguna dengan nota
warna ilustrasi bulan, bintang dan matahari ( bayangan kekuningan, ungu, hijau
dan biru ) menampakkan lagi ciri AMOUAGE FATE yang sangat mewah.
Haruman ini hadir dalam 2 bentuk si
pemakai iaitu bagi LELAKI dan WANITA.
Nota bagi LELAKI : ( INTENSE &
SPICY )
TOP NOTE : Saffron, Ginger, Cumin,
Wormwood, Mandarin Orange
MIDDLE NOTE : Rose, Incense, Olibanum,
Labdanum, Copahu Balm, Immortelle
BASE NOTE : Labdanum, Cedar, Tonka
Bean, Licorice, Musk, Sandalwood
Nota bagi WANITA : ( SPICY &
FLORAL )
TOP NOTE : Bergamot, Red Chilli
Pepper, Pepper, Cinnamon
MIDDLE NOTE : Rose, Jasmine,
Narcissus, Incense, Labdanum
BASE NOTE : Vanilla, Patchouli,
Benzoin, Castoreum, Leather, Oakmoss
Wednesday, 14 August 2013
Garapan Terbaik Siti Nurhaliza & Orkestra Tradisional Malaysia dalam Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza
Selepas cemerlang dan mendapat liputan
yang menyeluruh prihal kejayaan pada konsert Siti Nurhaliza In Symphony sekitar
Julai lalu, kini penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu CINDAI ini, Dato’
Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menggegarkan sebuah lagi pentas bertaraf
dunia, Istana Budaya pada September ini dengan 100% alunan dan lenggok irama Malaysia
yang bakal dipertaruhkan oleh beliau.
Konsert yang diberi judul Konsert
Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza ini adalah sebuah konsert yang digarap 100%
diiringi Orkestra Tradisional Malaysia iaitu OTM. Lentera Timur membawa maksud
yang mendalam dengan definisi indah cahaya ketimuran diharapkan dapat digarap
dengan sempurna apabila pelbagai instrument dialun dan digabung menjadi satu
melodi yang indah, antaranya gambus, sape, sauna, sitar dan sebagainya.
Garapan ini bakal menjadikan konsert
ini lebih hebat ditambah gabungan Siti Nurhaliza yang kita sedia maklum
memiliki kawalan vokal yang terbaik dan gubahan instrumen oleh OTM sendiri. Konsert
yang berdurasi selama 2 jam ini bakal menampilkan Siti Nurhaliza membawa
pelbagai lagu tradisional seperti joget, zapin, asli, masri dan banyak lagi.
Walaupun
mencabar, akan tetapi dengan kekuatan Siti sendiri yang berjaya membawakan
elemen dan genre tradisional dengan baik member kelebihan buat beliau. Beliau juga
pernah merakamkan pelbbagai album solo yang mempertaruhkan irama tradisional
sebagai genre album seperti Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika, Lentera Timur dan
beberapa kompilasi album seperti Klasik dan album duet bersama Noraniza Idris
iaitu Seri Balas.
Tiket telah dijual sekarang bermula
dengan harga RM78 sehingga RM518
DOMINASI LELAKI : jika berkesempatan,
pihak DL juga ingin luangkan masa untuk ke konsert ini kerana sudah lama DL
menantikan dan sudah tentu peminat beliau juga menantikan konsert tradisional
dari SITI NURHALIZA ini. Jumpa anda disana
Friday, 9 August 2013
iD Haruman Pertama Adam Levine
Lambakan haruman dari selebriti
antarabangsa bukanlah sesuatu yang pelik dan hairan kerana dengan adanya
koleksi sebegini dapat merapatkan dan member sentuhan ilham kepada peminat
selebriti dunia sebagai contoh haruman dari koleksi Britney Spears, Beyonce,
Lady Gaga, Justin Bieber, Usher dan ramai lagi mengeluarkan haruman dibawah
label nama sendiri. Nah, hari ini DL ingin berkongsi salah satu haruman yang
unik kepada jejaka diluar sana.
Dengan mempertaruhkan elemen muzik
dalam sentuhan haruman pertama miliknya, ID dikatakan sangat menarik dan
istimewa buatnya. Bukan sahaja simple tetapi bentuknya yang diilhamkan dari
mikrofon dengan penutup jaringan perak yang mewah menampakkannya lagi unggul.
Bereksperimen dan garapan sempurna
nota-nota seperti seri pagi, limau mandarin, serai bagi top note serta
diserikan dengan sentuhan middle note buah markisa, sedikit sandalwood,
cedarwood menjadikannya sempurna.
DOMINASI LELAKI : haruman ini sangat
sesuai dipakai pada siang dan juga malam, kepada jejaka yang mahu mencari
haruman, apa kata cuba di kaunter haruman ID dari Adam Levine ini. Selamat Mencuba..!







