Walaupun berlainan latar belakang,
keutuhan persahabatan yang terjalin antara mereka sangat akrab. Baru-baru ini,
team Mr Planet Malaysia yang diketuai oleh abang Deegun Rahman telah mengadakan
satu reunion yang melibatkan hampir kesemua anak didik dari pertandingan yang
bermula pada 2013 itu iaitu Mr Planet Malaysia 2014 dan Mr Planet 2015. Seramai sekitar 25 orang termasuk krew
menjadikan Gambang Resort Kuantan sebagai destinasi pilihan untuk menghilangkan
penat lelah dan beriadah.
Percutian sekitar 2 hari iaitu pada 4
dan 5 April ini memberikan seribu makna buat mereka. Pelbagai tempat sempat
disinggahi dan diselangi dengan aktiviti yang penuh keseronokan. Antara tempat
yang menjadi tumpuan mereka ada Water Sport Challenges, Animal Show, Tarzan
Show dan banyak lagi. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam dari Kuala
Lumpur dimana mereka mula berkumpul di Taman Melati KL pada jam 7 pagi yang
melibatkan 5 hingga 6 biji kereta. Jom kita tengok sedikit gambar yang
dikongsikan oleh juara Mr Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez.
No comments:
Post a Comment