Monday, 22 June 2015

KISHORE NAATH, Juara Mister Malaysia 2016



KREDIT FOTO AZZAR D'SHOOTER
Memiliki sepasang mata yang menawan dengan lenggok tubuh yang menarik, mungkin itu adalah antara penyumbang kemenangan istimewa buat jejaka tampan, KISHORE NAATH ini. Jejaka tampan berusia 23 tahun ini baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Mister Malaysia 2016, dimana beliau menewaskan 15 peserta di pentas akhir Mister Malaysia 2016 yang lalu. Final Mister Malaysia 2016 berlangsung di Kota Dame, Kota Damansara dan dikelolai oleh Sdr Digun Rahman-pengasas HOT Search 2015. Kami mendapatkan KISHORE untuk update yang terkini.

DL : Tahniah atas gelaran yang dirangkul pada malam final. Kongsikan perasaan KISHORE ketika itu?
KISHORE : “Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dari pelbagai sudut, kawan-kawan dan juga pihak penganjur (Cikgu, Abg Digun, Abg Oda, Abg Kos) yang tidak jemu mengajar saya dalam industi ini. Perasaan? Saya sangat gembira dan teruja atas kejayaan yang diperoleh. Mulanya, memang saya sendiri tidak sangka ada peluang untuk menang pertandingan ini, dan alhamdulillah saya telah diumumkan sebagai Johan Mister Malaysia”, jelasnya. Tambah jejaka yang minat dengan gitar ini, beliau beranggapan bahawa dengan didikan dan kritikan yang membina telah membawa beliau ke level ini.


DL : Perkembangan terkini?
KISHORE : “Saya dalam persediaan rapi bagi final year awal bulan Julai nanti dan masih menunggu tarikh photoshoot dalam memperagakan baju pereka fesyen ‘street-wear. Pada masa yang sama juga, saya turut menunggu beberapa casting yang saya telah senaraipendek”.

DL : Dapat dilihat, KISHORE memiliki sepasang mata yang sangat tajam. Adakah ia menjadi satu kelebihan buat KISHORE sendiri untuk menyerlah berbanding peserta lain?
KISHORE : “Bagi saya, memiliki sepasang mata cantik menjadi satu bonus kepada diri. Pendapat peribadi, apabila sebarang interaski berlaku, mata amatlah memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, saya yakin memiliki sepasang mata yang menawan adalah satu anugerah yang bermakna”, gelak kecil.

DL : Apakah motivasi anda untuk menonjol dalam pertandingan sekaligus memenangi gelaran Mister Malaysia 2016?
KISHORE : “Saya tidak pernah memandang rendah terhadap peserta-peserta lain dan menganggap semua peserta memberikan saingan dan melengkapkan tugasan dengan bagus sekali. Saya memandang tinggi terhadap kebolehan masing-masing disamping ingin memberikan yang terbaik. Inilah motivasi diri yang sentiasa dibawa kemana-mana”, tegas jejaka yang juga pelajar tahun pertama Perubatan ini.
 
2 FOTO TERAKHIR KREDIT ARAZZS RAZZSWILL
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada KISHORE NAATH atas gelaran tersebut. Semoga dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin dan terus menjadi inspirasi kepada jejaka lain diluar. Kami juga mendoakan kecemerlangan anda dalam semua segi. Semoga terus berjaya menempa nama dengan cemerlang.

INFO KISHORE NAATH
NAMA PENUH : KISHORE NAATH
NAMA PANGGILAN : KEY SHORE
UMUR : 23 TAHUN
TINGGI : 172CM
PENDIDIKAN : PELAJAR TAHUN PERTAMA PERUBATAN
HOBI : AKTIVITI LUAR, MENDENGAR LAGU, BERMAIN GITAR DAN WORKOUT.

Tuesday, 16 June 2015

Qari Iran dan Qariah Indonesia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56


KREDIT Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali-56 telah melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2015 yang lalu dengan menyaksikan Qari Iran dan Qariah dari Indonesia dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran pada edisi kali ini. Majlis tilawah ini berlangsung bermula pada 9 Jun yang lalu sehingga Ahad, di PWTC. Qari dari Iran yang memperdengar bacaan pada hari terakhir itu telah mengutip sejumlah 91.75%, tipis meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu wakil Malaysia-Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah dengan peratusan diterima 91.38%.

Bagi kategori Qariah, wakil Indonesia unggul mengetuai senarai Johan Qariah, berjaya mengumpul 91.55% jauh meninggalkan Naib Johan dari Filipina yang berjaya memperoleh 88.36%. Wakil Malaysia dari kategori Qariah tidak pulang dengan tangan kosong apabila berada di keduduka Ketiga di belakang Filipina dengan memperoleh 86.97%.

Seperti edisi sebelum ini, majlis tilawah turut menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran. Pada edisi kali ini, wakil Qatar unggul sebagai Johan Hafazan bagi kategori Lelaki dengan memperoleh 97.6% manakala kategori Wanita dimenangi oleh wakil Malaysia, dengan memperoleh 89.50%. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Menariknya, pada edisi kali ini turut menyaksikan peserta termuda iaitu Rumesa, Qariah Pakistan sebagai peserta termuda-berumur 13 tahun.

Keputusan Penuh Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56
Tilawah Al-Quran

Qari
1.       91.75 % (IRAN)
2.      91.38% (MALAYSIA)
3.      90.97% (FILIPINA)
4.      90.10 (BRUNEI)
5.      87.55% (ALGERIA)

Qariah
1.       91.55% (INDONESIA)
2.      88.36% (FILIPINA)
3.      86.97% (MALAYSIA)
4.      86.47% (BRUNEI)
5.      80.13% (THAILAND)

HAFAZAN
Qari
1.       97.6% (QATAR)
2.      96.26% (KUWAIT)
3.      92.75% (TUNISIA)

Qariah
1.       89.50% (MALAYSIA)
2.      89.38% (MAURITIUS)
3.      88.25% (TUNISIA)

Johan Qari dan Qariah menerima jongkong emas YaPEIM bernilai RM70,000, piala iringan serta wang tunai sebanyak RM40,000.

Saturday, 13 June 2015

Senarai Peserta-Peserta Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57


Kredit gambar dari page Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa bermula pada 9 Jun hingga 14 Jun 2015. Ini senarai peserta-peserta dan negara yang menyertai Tilawah Al-Quran pada tahun ini yang memasuki edisi ke-57




  

 




"Saya Akan Terus Berusaha" - MIKE GALLYOUT

Kredit Foto (Arazzs Razzswill) , MUA (Qif Alvarez) 


Terpilih melayakkan diri dalam kalangan TOP16 merupakan satu impian bagi jejaka rupawan ini. Meskipun tidak bernasib baik untuk membawa pulang gelaran utama d Mister Malaysia, pemilik nama Johann Michael Gallyot bangga dengan penampilan dan pencapaiannya ketika di dalam Mister Malaysia 2016 yang berakhir baru-baru ini. Tidak pulang dengan tangan kosong, jejaka yang memiliki ketinggian 175cm ini membawa pulang title bagi kategori Mister Excellent (Mister Divine) pada malam final tersebut yang berlangsung pada 29 Mei 2015 yang lalu di Kota Dame, Kota Damansara dimana penggerak utama bagi pertandingan ini adalah HOT Search yang dikelolai oleh Sdr Digun Rahman. Baru-baru ini, kami di DL sempat mendapatkan jejaka yang mewakili Putrajaya yang juga merupakan juara bagi Mister Malaysia Popular menerusi undian di blog Dominasi Lelaki. MIKE mengungguli dengan kutipan undian 919, jauh meninggalkan 15 peserta lain.

DL : Bagaimana perasaan anda ketika terpilih antara TOP16 dalam kalangan ratusan yang hadir serta melepasi TOP32 baru-baru ini dalam Mister Malaysia 2016?
MIKE : “Pada awalnya, saya rasa sanggat bangga kerana melayakkan diri dalam TOP16, kerana kita semua tahu yang semua peserta sangat hebat, jadi semua peserta layak untuk menempatkan diri sebagai TOP16. Rasa gugup tu ada sebab saya dikelilingi oleh peserta-peserta yang bukan sahaja mempunyai wajah, fizikal yang bagus tetapi mereka juga memiliki pengetahuan dan latar belakang yang hebat. Jadi, ianya sangat mencabar apabila berentap dengan mereka. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba melalui pertandingan ini, berkerjasama dengan ramai orang termasuk pihak pengurusan, jurugambar, jurusolek dan kenalan dalam pertandingan ini”.

DL : Perkembangan terkini?
MIKE : “Sekarang saya sedang berusaha untuk lebih menyerlah dalam industri, mencuba dan terus mencuba untuk menonjolkan diri. Dalam pada masa yang sama, saya juga masih menuntut di MMC dan akan terus berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang saya idamkan selama ini, in shaa Allah”.
Kredit Foto (Arazzs Razzswill) , MUA (Qif Alvarez)

DL  : Harapan sejurus selepas pertandingan? Berminat dengan bidang lain, atau terus mencuba dan membina nama dalam bidang peragaan?
MIKE : “Pertamanya, saya akan cuba berusaha dalam bidang ini (peragaan) yang saya sangat suka, tapi pada masa yang sama tetap akan mencuba sesuatu yang baru sebab saya suka mencuba. Mungkin lepas ini kalau diberi peluang untuk mencuba dunia lakonan, i will say YES! Saya akan cuba”, tersenyum.

Kami di DL akan sentiasa memberikan sokongan yang padu buat jejaka diluar dalam kerjaya dan bidang yang diceburi. Semoga kalian terus berjaya, kepada MIKE, semoga terus mendaki kejayaan. Jejaka berusia 20 tahun ini juga menjadikan Jeff Said, Lazar Angelov sebagai sumber inspirasinya.

Info MIKE GALLYOT
NAMA : JOHANN MICHAEL GALLYOT
NAMA KOMERSIAL : Mike
UMUR : 20 tahun
TINGGI : 175cm
CITA-CITA : Business Entrepreneur
SUMBER INSPIRASI : Terry Gallyot, Lazar Angelov, Jeff Seid, Tony Fernandez, Lim Goh Tong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...