Friday 20 July 2012

Salam Ramadan Al-Mubarak


Alhamdulillah, bulan yang mulia Ramadan bakal menjelma..! rasa gembira, terharu & sayu jelas terasa apabila bulan Ramadan bertandang tiba. DL juga berharap Ramadan tahun ini akan memberi sejuta keceriaan, kegembiraan & keinsafan pada diri sendiri & yang penting masa2 yang terluang ini, kita penuhkan dengan amal & perkara yang berfaedah.

sekadar gambar hiasan

Sifat membazir haruslah dielakkan dalam bulan ini ok..! janganlah terlalu mengikutkan nafsu membeli tatkala membeli belah di pasaraya atau pon di bazar..! cukuplah mengamalkan sifat kesederhanaan.

Apa2pon semoga Ramadan kali ini membawa seribu kemanisan & penghayatan dalam diri kita, SELAMAT BERPUASA..! jangan lupa bangun sahur tau..!

DOMINASI LELAKI : lagu raya telah berkumandang di kebanyakan mall sekarang..! dan adan diantaranya juga sudah giat menyiapkan kuih utk persiapan hari raya & sebagai jualan untuk mencari rezeki..! DL pon berhajat tahun ni akan dapat hasilkan pelbagai aneka biskut & kek untuk dijamukan di pagi lebaran..( wahhhh, awal la pulak bincang mengenai Syawal..hehe ) SALAM RAMADAN AL-MUBARAK.. jom kongsi pengalaman puasa anda bersama DL..

2 comments:

  1. selamaT berpuasa yeerr

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/ahlan-wasahlan-ya-ramadhan.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...