Sunday 2 March 2014

[EKSKLUSIF] FAREEZ VINCENT AMOS Wakili Malaysia ke Mister United Nation





Mempunyai bentuk badan yang menarik, tidak mustahil bagi jejaka tinggi lampai ini antara yang tersenarai dalam kedudukan terbaik Mister Planet yang dianjurkan pada beberapa bulan yang lepas. Rezekinya murah sekali apabila kini jejaka yang mewakili negeri Perak pada Mister Planet Malaysia 2014 yang lalu kini akan tampil dengan bertenaga pada satu pertandingan yang bakal diwakili oleh beliau sekitar pertengahan tahun ini.

Fareez Vincent Amos, kini dalam persediaan rapi menjelang pertandingan Mister United Nation World Competition yang bakal diadakan di Jamaica sekitar Julai tahun 2014 ini. Sudah tentu, pelbagai latihan dan persediaan giat dijalankan oleh beliau bagi memastikan dalam keadaan terbaik pada pertandingan tersebut.  Setakat ini, saya banyak tertumpu berlatih di gimnasium untuk mantapkan otot tubuh badan, disamping membuat persediaan dari segi minda. Saya juga akan fokus kepada pembacaan dan kajian berkenaan dengan united nantion itu sendiri dan beauty pageants”, katanya dalam wawancara penuh santai dilakukan.
 
“Pada penghujung Mac kelak, saya akan menjadi  pendidik di sebuah sekolah di Port Klang selama tiga bulan sebagai guru bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi”,tambahnya. Pada perkembangan lain, sejurus selepas pulang dari pertandingan di Jamaica kelak, jejaka yang mesra disapa Fareez ini akan melanjutkan pengajiannya ke peringkat PhD dalam bidang Philosopher of Art yang berkemungkinan dalam atau diluar negara.


Fareez dinobatkan tempat ketiga dalam pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 yang dipentaskan pada November 2013 yang menyaksikan pertembungan 15 wakil negeri termasuk tiga wilayah persekutuan. Pada pertandingan tersebut, Eizaaz Fareez dinobatkan sebagai Mister Planet sekaligus membawa cabaran Malaysia ke Manila, Filipina bagi pertandingan Mister Planet 2014 pada pertengahan tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...