Friday 27 December 2013

(Pilihan Penonton) Kejutan Minggu 6 Pencetus Ummah


Dikatakan antara persembahan terbaik top3 setiap minggu, PU Rahmat

Cabaran kian mencabar, kini hanya tinggal 6 peserta yang masih bersaing dalam program pencarian pendakwah terulung negara..! siapakah yang bakal meneruskan perjuangan hingga ke penghujung program ini?  Malam semalam, bermulah percaturan minggu keenam yang menyaksikan 6 peserta berentap dengan hujah dan dakwah dibawah tema PILIHAN PENONTON. Selain itu juga, semalam menyaksikan peserta berbakat dan kreatif, PU Sufian tidak bernasib baik apabila diumumkan tersingkir lalu memberi laluan kepada 2 peserta yang mendapat undian terendah pada minggu lepas, PU Hafiz dan PU Fakhrul meneruskan perjuangan pada minggu ini.

PU Fakhrul memilih Bulan Ramadan sebagai tajuknya.



Dengan bertemakan PILIHAN PENONTON yang agak menarik pada minggu ini, topik mereka adalah daripada pilihan penonton yang memberikan cadangan melalui lama facebook rasmi Pencetus Ummah sendiri. Setiap minggu dapat dilihat, corak penyampaian mereka pada pentas program ini nampaknya semakin matang dan semakin bertenaga. Antara topik yang diberikan kepada peserta mengikut tema PILIHAN PENONTON pada minggu ini adalah ;

PU Yeop tampil dengan 2 pelakon tambahan

PU FAKHRUL – BULAN RAMADAN
PU HAFIZ – ADAT vs SYARIAT
PU SALMAN – DOKTOR
PU SHAHUL – MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
PU YEOP – PERANG BADAR
PU RAHMAT – SURAH AL-ASR

Dilihat pada malam semalam, bagi pandangan pihak DL sebagai penonton, antara peserta yang terbaik pada malam semalam adalah PU RAHMAT & PU SHAHUL. Mereka antara peserta yang menyampaikan hujah dan dakwah dengan begitu bertenaga dengan respon yang agak baik daripada pihak juri. Peserta undian terendah minggu lepas, PU HAFIZ juga tidak kurang hebatnya semalam dengan topik ADAT vs SYARIAT yang menampakkan beliau semakin selesa dengan penguasaan pentas dan corak penyampaian yang disampaikan.

PU Shahul kelihatan kian selesa saban minggu
PU Hafiz lepasi TOP3 minggu ini

3 peserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini adalah ;

PU SALMAN – DOKTOR
PU FAKHRUL – BULAN RAMADAN
PU YEOP – PERANG BADAR

PU Salman dengan tajuk Doktor

Malam semalam juga diumumkan satu kejutan kepada penonton apabila undian kini dibuka kepada semua peserta iaitu penonton boleh mengundi kesemua peserta yang masih tinggal dalam program ini termasuk yang tidak tersenarai dalam 3 peserta terendah sekaligus pada minggu hadapan adalah minggu bagi separuh akhir. Penonton boleh mengundi di www.pencetusummah.com iaitu sehari sekali. Selamat mengundi..!

kini tinggal 6 peserta yang bertanding di pentas Pencetus Ummah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...