Thursday, 12 September 2013

Kenali Nota Haruman Anda..!




Haruman atau mudah sekali digelar perfume memang sangat digilai oleh semua golongan lebih-lebih lagi jika ianya mempunyai bau yang segar dan wangi. Akan tetapi setiap individu mempunyai citarasa bau yang tersendiri dan setiap bau tersebut mempunyai makna dan simbolik yang menggambarkan sang yang memakainya. Tahukah anda bahawa haruman mempunyai 3 lapisan..? YA, ianya mempunyai 3 lapisan iaitu dikenali sebagai TOP NOTE, MIDDLE/HEART NOTE dan BASE NOTE.

Seperti pemain muzik yang memainkan pelbagai genre lagu, begitu juga dengan rentak haruman. Haruman juga hadir dalam pelbagai genre yang berbeza seperti bauan buahan, flora, kayuan dan banyak lagi.
 
TOP NOTE :
Dikenali tatkala semburan pertama yang dikeluarkan. Nota ini yang paling atas dan anda akan segera dapat bau haruman tersebut dengan cepat. Ianya senang untuk dikenalpasti dan ia juga adalah nota yang paling penting buat pencipta haruman. Ini disebabkan kebiasannya, pelanggan dan pencinta perfume ini akan tertarik dengan ‘semburan pertama’.

 

MIDDLE/HEART NOTE
Nota kedua ini dikenali sebagai MIDDLE NOTE. Jika anda tidak tahu, note ini hadir sekitar setengah jam selepas semburan dikeluarkan. Kebiasaannya pencinta haruman mungkin tidak menggunakan MIDDLE NOTE sebagai batu ukuran untuk membeli haruman yang diminatinya.

BASE NOTE
Nota ini adalah note paling bawah dalam perfume. Base atau dasar note ini adalah bau sebenar bagi haruman tersebut dan baunya adalah lebih ‘melekat’ dan ‘tajam’,
**jika anda meragui dan samar dengan pemilihan haruman, anda boleh bertanyakan prihal 3 note ini kepada penasihat haruman di outlet yang ada.



DOMINASI LELAKI : semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita sama-sama memilih haruman yang tepat dan sesuai. Ini adalah pandangan dan review pribadi dari DOMINASI LELAKI sendiri, maaf jika ada kesilapan tatkala menghuraikan artikel ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...