Saturday, 30 November 2013

[EKSKLUSIF] WANITA KIMONO MERAH Julang Nama Syafie Mahyani..!



  Garapan terbaik dan sentuhan unggul pembawakan serta mainan bahasa yang 'dekat' dihati, itulah bait-bait kata yang wajar 'terlempar' pada anak muda berwawasan besar ini apabila beliau kini bakal 'menggegarkan' industri dengan karya penulisan yang terbaik. Bakat yang digilap terus berkembang dengan mekar untuk memberi cabaran dan saingan kepada penulis diluar sana. Karya agungnya, WANITA KIMONO MERAH antara karya beliau yang boleh diangkat antara sentuhan terulung daripada koleksi beliau, tidak lain tidak bukan SYAFIE MAHYANI atau mesra dikenali sebagai PENA ROMATIS di laman sosial miliknya. 

 Alhamdulillah, pihak DL sempat mewawancara beliau yang sangat mesra dan jika dilihat beliau mempunyai pandangan dan kewajaran pemikiran yang sangat matang. Disini DL lampirkan sekali bait-bait yang sempat diwawancara kepada penulis berbakat besar ini ;

1.       Bagaimana anda mula cenderung ke arah bidang penulisan? Sekadar berminat atau kebetulan?

Saya memang meminati bidang penulisan semenjak dari sekolah lagi. Namun, saya tidak bermula dengan menulis cerpen. Saya memulakan langkah dengan menulis sajak. Dan waktu itu, sajak-sajak saya lebih menjurus ke arah cinta gitu. Jiwang karang namanya (dan sampai sekarang rasanya. Hahaha). Sajak pertama yang diberi nama Dosakah Ibu telah berjaya menembusi akhbar sisipan Berita Harian. Dan dari situ, perjalanan menulis saya rupanya telah terbuka dengan luas setelah diterima masuk dalam sebuah program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang diberi nama Minggu Penulis Remaja tahun 2010. Di situ, saya telah bertemu dengan ramai rakan penulis baharu dan dilatih serta diajar oleh guru-guru yang tidak asing lagi dalam dunia sastera seperti Ridzuan Harun, Dr Shamsudin Othman, Salina Ibrahim dan Kak Nas. Dari situ sebenarnya, saya perlahan-lahan mengorak langkah dalam peta penulisan. Selepas itu, saya bergiat aktif di laman Esastera dalam genre sajak dan juga kumpulan yang menggelar diri mereka LO. Dan yang mengembirakan saya, apabila editor majalah Tunas Cipta telah mempelawa saya untuk bercerita serba sedikit mengenai bagaimana terlibat dalam penulisan.

beliau juga muncul sebagai penulis dalam UNTUK SEPARA TUHAN

2.      Bagaimana anda mencari ilham untuk menulis dan menghasilkan satu karya yang bermutu?

Ilham ya? Ilham ini kadang kala semakin kita mencari, semakin itu dia makin menjauh. Dan yang peliknya, dengan tiba-tiba juga, ilham itu boleh mencurah-curah masuk. Apabila menulis juga, tidak dinafikan, wujud satu blok yang dipanggil writer block. Bermaksud, jem kepala otak nak fikir idea, plot semua. Jadi apa yang saya buat, tidur. Kerana bila tengah jem, dia akan jem untuk satu waktu lama. O ya, keluar mencari udara segar, minum mirinda oren dan cendol, atau menghisap asap juga mendapat idea. Hahaha. Namun, hakikatnya, itu semua adalah perantara. Hanya ALLAH yang mengizinkan bila idea itu hadir, disamping usaha, dia akan hadir. Dengan bermacam cara yang kadang-kadang tidak kita jangka. Dan apabila dia datang, ikat kemas-kemas. Takut lari, menyesal air mata pulak. Kehkehkeh.

 
SYAFIE MAHYANI
3.      Genre pilihan anda?

Sebut genre, saya ini masih menganggap diri ini mat jiwang atau romantik. Sebab itu, guna nama Pena Romantis di laman FB dan juga di Esastera. Dan ya, namun elemen seram itu juga menebal kerana saya ini meminati cerita-cerita seram. Jadi, focus sekarang, saya ingin dikenali sebagai penulis seram selain daripada bapak Tamar Jalis.

     4.      Apakah tahap kesukaran menghasilkan karya/dalam bidang penulisan novel ini?

Pada awalnya, saya tidak pernah bermimpi jauh sekali bercita-cita ingin menulis sebuah novel. Kerana pada dasarnya, saya memasuki dunia penulisan ini dengan sajak. Dan ya, saya tidak menafikan akan kesukaran dalam menulis dan menyiapkan sebuah novel. Cabaran itu sangat besar kerana novel tidak sama dengan sajak atau cerpen. Namun, ketiga-tiga genre itu mempunyai cabaran dan rintangannya sendiri. Lagi satu, kita faham dan maklum novel ini jasadnya tebal. Jadi, cabaran untuk memastikan cerita kita itu enak dan lazat untuk dihadami oleh pembaca. Paling penting, pembaca faham apa yang kita cuba sampaikan.



5.      Jika dilihat, novel WANITA KIMONO MERAH telah melonjakkan anda ke satu level yang tinggi, apakah perasaan anda dan boleh ceritakan serba sedikit prihal novel nukilan ini dan bagaimana tercetusnya ilham WANITA KIMONO MERAH?

Jujurnya, saya sendiri tidak menyangka yang novel sulung itu menghadirkan tuah pada saya. Saya akui, novel itu mendapat kritikan positif berbanding negatif. Dan sebenarnya, saya sendiri tidak menyangka novel itu akan diterbitkan oleh pihak lejen press. Perasaan saya tentu gembira dan teruja disamping memberikan saya sedikit tekanan positif untuk menghasilkan karya yang lebih bagus daripada Wanita Kimono Merah. Satu cabaran juga sebenarnya apabila saya sedang menulis novel kedua yang masih dalam ruang lingkup genre yang sama. Saya harus memastikan cerita itu tidak dibayangi Wanita Kimono Merah. Wanita Kimono Merah asalnya adalah ilham daripada wanita kebaya merah-satu hantu popular di Malaysia. Jadi, saya cuma ubah jadi Wanita Kimono Merah. Dan tentunya cabaran selepas itu adalah untuk membina plot berdasarkan kimono itu kerana kita tahu, kimono itu satu pakaian tradisional negara Jepun.

6.      Perkembangan terbaru anda dalam bidang penulisan ini?

Perkembangan terbaru saya adalah, bakal terbit dua buah buku cerpen yang nama syarikatnya dirahsiakan dahulu. Dan kalau nak diikutkan, tahun ini, 5 buah buku mengandungi buku saya telah launching. ( novel Wanita Kimono Merah, koleksi cerpen Untuk Separa Tuhan terbitan buku hitam, antologi Yakjuj terbitan Selut Press, Siti Nur Malaysia terbitan DBP, antologi Cantuman Mimpi kerjasama ITBM dan LO)-Kalau tak silap, ni je kot. Saya ni agak pelupa. Hahaha. Dan ya, sedang sibuk menyiapkan manuskrip novel kedua dan harap-harap akan diterima. Amin.

7.      Siapakah yang mendorong kerjaya anda? Adakah anda penulis sepenuh masa atau jadikan ia sebagai sambilan bagi mengisi masa lapang?

Keluarga dan kawan-kawan tentunya. Saya sudah berkerja namun saya menganggap ini kerja yang serius dan harus dilakukan secara bersungguh-sungguh.

8.      Pendapat anda prihal bidang ini dan ‘kebangkitan’ terlalu ramai penulis muda yang berpotensi di Malaysia?

Ini sesuatu yang bagus sebenarnya. Semakin ramai penulis baharu yang muncul, bermakna sebagai pembaca, akan lebih banyak pilihan untuk membaca. Tambahan pula, karya-karya yang beraliran baru ini, menampakkan dan membuatkan anak muda untuk lebih minat membaca. Namun harus dipastikan juga, menulis bukan sesuatu bidang yang mudah. Ya, semua orang boleh menulis namun kualiti itu yang bagaimana. Itu yang jadi persoalan. Namun, saya anggap pola graf ini sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

9.      Perancangan anda buat masa hadapan? Mungkin 5-10 tahun lagi. Impian anda?

Saya mahu kahwin. Hahaha. Saya bersyukur. Kerana sudah mencuba ketiga-tiga genre seperti sajak (lebih 25 sajak tersiar di pelbagai media), cerpen (lebih 5 telah dibukukan) dan novel sulung telah berjaya terbit. Dan ini sudah merupakan satu pencapaian hebat saya. Tentunya, saya tidak ingin berhenti setakat ini. Saya mahu terus meneroka dan terus menulis.



10.   Kata-kata akhir dari anda kepada semua yang menyokong anda…

Akhir kata, semua yang berlaku ini tentu saja ketentuan ALLAH. Namun yang pasti, diselangi dengan usaha yang padu serta sokongan daripada pelbagai pihak. Saya ingin ucapkan terima kasih pada DBP , LO, Esastera, BukuHitam, Lejen Press, Selut Press, Puisi Jadi Senjata kerana sudi menerbitkan karya tulisan saya. Dan tentunya, pembaca yang menghargai dan menyukai cara saya yang menulis biasa-biasa cuma. Terima kasih banyak atas sokongan yang saya terima dan berharap akan berterusan menyokong saya menulis. Juga kepada pihak Dominasi Lelaki atas kesudian mewancara saya dan memberikan peluang yang berharga ini. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi. Sangat hargai :D

DOMINASI LELAKI : DL akan sentiasa doakan Syafie akan menjadi penulis yang lebih berjaya dengan hasil karya yang terbaik, bersaing dengan cara yang sihat dan sentiasa menghasilkan sesuatu yang hebat kepada peminat dan pencinta cerpen diluar sana.

Saturday, 23 November 2013

Pencetus Ummah, Pecarian Pendakwah Terbaik..!




PENCETUS UMMAH – “DUNIAKU DAKWAHKU”, satu program pencarian bakat kepimpinan dan penyampaian dakwah serba boleh yang kini bersiaran secara langsung di saluran Astro Oasis dan Astro Maya dimana program ini membawa penonton semua merasa peserta yang menggunakan pelbagai cara yang terbaik dalam penyampaian dakwah  secara kreatif. “DUNIAKU” dipilih kerana memberi simbolik bahawa para peserta boleh menggunakan pelbagai platform yang ada dalam ‘dunia’ untuk menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada semua manusia.
 
Peserta dan tenaga pengajar serta orang kuat dalam Pencetus Ummah - kredit gambar dari Budiey
Melalui info pada program ini, PENCETUS UMMAH secara rasmi bersiaran pada 21 November 2013 sehingga acara separuh akhir pada 2 Januari 2014 dan bakal berakhir iaitu pentas akhir akan bersiaran pada 9 Januari 2014. Program ini juga menampilkan ;


Datuk Ridhuan Tee Abdullah : Pengacara

Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Ust Zulkifli Mahat & Ust Tarmizi : Tenaga Pengajar

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz & Abby Fana ( Cik Bedah ) : Juri Tetap

Program PENCETUS UMMAH menampilkana 12 peserta dari pelbagai latar belakang yang menarik dan bersaing bagi penentuan juara pada Januari tahun depan.

Nantikan sambungan bagi artikel ini akan datang,

Friday, 22 November 2013

SAM dan AMY Unggul dalam GLAM Lelaki




Setelah ‘melahirkan’ hadiah istimewa iaitu bagi pihak DL juga antara cover terbaik penuh gaya pada edisi November 2013, kini majalah lelaki terkemuka di Malaysia, GLAM Lelaki tampil sekali lagi dengan penuh istimewa untuk meraikan peminat dan pembaca setia apabila muncul dengan 2 cover yang berbeza pada keluaran terbaru ini, Istimewa Penutup 2013.



AMY SEARCH dan SAM BUNKFACE dipilih menghias muka depan bagi majalah ini dengan pose yang bersahaja dan santai. Bagi kami, simple tapi tetap nice dan menampakkan kehebatan GLAM Lelaki itu sendiri. Pelbagai topik dan isu yang menarik diketengahkan pada isu kali ini, SAM ‘klon’ AMY SEARCH? Bagi mengetahui kisah sepenuhnya, dapatkan GLAM Lelaki dipasaran dengan segera. Edisi Istimewa Penutup Tirai 2013.

Mister International 2013 Milik Venezuela



Setelah muncul buat kali ke-7 memenangi pertandingan Miss Universe pada tahun ini, 2013, nampaknya ia bukanlah berakhir disini kegembiraan rakyat Venezuela. Hal ini ditambahkan lagi serinya apabila malam semalam wakil dari negara yang disebut ‘lubuk manusia tercantik’ tersebut membolot sekali lagi pertandingan beauty pageant iaitu Mister International 2013 yang berlangsung di Indonesia.
 
Wakil Malaysia, James Ng tidak bernasib baik untuk menempatkan diri dalam TOP16
Kini lengkaplah ‘kuasa’ Miss Universe 2013 ( Maria Gabriela Isler ) dan Mister International 2013 ( Jose Anmer Paredes ) dari Venezuela menguasai pertandingan tersebut. Selain mengungguli sebagai Juara Mister International, Mister Venezuela juga unggul apabila diumumkan sebagai Ideal Body by L-Men Awards iaitu anugerah khas dalam Mister International. Beliau menewaskan 37 peserta lain seluruh dunia sekaligus memenangi pertandingan tersebut. Wakil Malaysia, James Ng yang berpotensi untuk ke 16 peserta teratas, nampaknya kurang bernasib baik pada tahun ini. Ini adalah senarai pemenang bagi pertandingan Mister International 2013 yang diadakan semalam.


Mister International 2013 – Venezuela ( Jose Anmer Paredes )

1st Runner Up – Indonesia ( Albern Sultan)

2nd Runner Up – Brazil ( Jhonatan Marko )

3rd Runner Up – Mexico ( Hans Briseno )

4th Runner Up – Philippines ( Gil Wages )
5th Runner Up – Czech Republic ( Antonin Beranek )

Ideal Body by L-Men – Mister Venezuela
Mister Photogenic – Mister Indonesia
Mister Congeniality – Mister USA
Best National Costume – Mister Panama

Panama menang bagi Best National Costume


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...