Foto : Kelvin Sing - MUMOFP |
Malaysia antara negara yang sentiasa
menghantar wakil di anjang Ratu Cantik Universe saban tahun. Boleh dikatakan
bermula pada 2011 menerusi Deborah Henry,
Malaysia melonjak dan disebut antara pesaing dari Asia yang cukup kuat, begitu
juga seterusnya menerusi Kimberley
Leggett pada 2012, Carey Ng pada
2013 dan Sabrina Beneett pada tahun
lepas. Semalam berlangsungnya majlis akhir Miss
Universe Malaysia 2015 dimana Vanessa Tevi dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2015 sekaligus
mewakili Malaysia di pentas Miss Universe
2015 pada tahun ini.
Kemenangan gadis berumur 24 tahun ini
ibaratkan satu ‘tamparan’ hebat buat pengikut dan peminat pageant di Malaysia. Menerusi laman rasmi Miss Universe Malaysia Official Facebook Page, kemenangan Vanessa ‘dipatahkan’
oleh hampir 98% komentar dan mereka merasakan bahawa Vanessa ‘belum’ layak
mewakili Malaysia di pentas prestij Miss Universe pada tahun ini.
Rata-rata komen dapat dilihat menzahirkan
rasa kecewa kepada team Miss Universe Malaysia
dan menyatakan sokongan pada kepada salah seorang finalis MUM 2015, Kelly Jagan. Tambahan lagi, ada antara
mereka merasakan Kelly Jagan atau digelar KJ antara gadis paling layak menyanyi
jelitawan lain seluruh dunia di Miss
Universe 2015. Bukan itu sahaja, final MUM 2015 ini mendapat liputan
peminat di beberapa buah negara seperti Indonesia.
Diharapkan ‘pergelutan’ ini tidak
berpanjangan dan diharapkan wakil Malaysia menerusi Vanessa betul-betul membuktikan beliau memang pilihan yang tepat
menggalas nama Malaysia ke pentas Miss
Universe 2015. Sehingga tahun lepas, lebih dari 30 tahun Malaysia tidak
pernah tersenarai antara kelompok yang teratas di pentas Miss Universe.
No comments:
Post a Comment