Sunday 12 April 2015

Album Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 Bakal Diterbitkan?




Belum hilang lagi bahang kehangatan penonton yang menonton Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 baru-baru ini, berita yang baru dikongsikan oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza itu seolah-olah memberi gambaran bahawa akan ada satu kejutan lagi yang bakal beliau tampilkan. Melihat pada caption “tunggu..” di laman rasmi Instagram miliknya, ia seakan menjadi satu persoalan adakah Konsert Unplugged yang berdurasi selama 2jam tersebut bakal diterbitkan tidak lama lagi seperti konsert tradisional beliau pada 2013, Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia.
 
Siti memuatnaik video dengan caption "tungguuu". Mungkinkah konsert ini akan diterbitkan? Kredit Instagram Siti
Bercakap mengenai Konsert Lentera Timur pada 2013 yang lalu, buah tangan yang dirakam serta diterbitkan tersebut menerusi CD/VCD dan DVD telah dinobatkan Rakaman Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun ini. Jadi, tidak hairanlah jika Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 ini bakal mengikut jejak langkah kemenangan dalam Konsert Lentera Timur.
 
Foto : SinarHarian. Album Konsert Lentera Timur pernah memenangi Rakaman Album Terbaik di AIM
Kita sama-sama nantikan perkembangan dari pihak Siti Nurhaliza dan bahagian edaran mengenai prihal ini. Sudah tentu peminat yang hadir dan juga tidak berkesempatan hadir pada malam konsert mengharapkan ianya diterbitkan sebagai koleksi simpanan mereka.

1 comment:

  1. Nnt boleh la beli DVD tu sbb tak dapat pergi konsert.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...