Meraikan ulangtahun ke-20 dalam bidang
seni suara, figura kesayangan ramai Siti Nurhaliza menghiburkan ribuan yang
hadir ke konsert SITI NURHALIZA UNPLUGGED 2015 yang diadakan pada 7 April 2015
yang lalu di panggung sari, Istana Budaya. Akhirnya, impian penyanyi kesayangan
Malaysia ini untuk mengadakan konsert unplugged tercapai dengan adanya konsert
ini. konsert yang berdurasi selama 2jam
itu memukau ribuan penonton dan peminat Siti Nurhaliza sendiri yang hadir iaitu
Sitizoners.
Lenggok dan corak penyampaian yang
dimikili oleh artis nombor satu Malaysia ini tidak perlu dipertikai. Beliau berjaya
membawa penonton terbuai dengan lenggok dan alunan vokal terbaik beliau pada
malam tersebut. Bukan itu sahaja, penonton juga tersentuh tatkala Siti sendiri
menjemput dan memberi penghargaan kepada insan yang membantunya ketika di awal
kemunculannya, tidak lain tidak bukan Dato’ Adnan Abu Hassan. Siti menyampaikan
2 buah lagu, Jerat Percintaan dan Gelora Asmara, yang diiringi oleh Dato’
Adnan. Lagu tersebut adalah antara lagu yag diciptaan oleh komposer hebat itu
kepada Siti.
Dengan mendendangkan lebih 15 buah
lagu, boleh dikatakan ini adalah sebuah konsert bertaraf megahit pada 2015
apabila jualan tiket bagi konsert tersebut habis dijual. Bukan itu sahaja,
pilihan lagu dan susunan muzik yang digubah segar tersebut sangat hebat dan
manis. Antara favourite DL adalah
medley 3 buah lagu dari Fragmen iaitu Sanubari, Terbaik Bagimu dan Kau Sangat
Bererti. Siti ‘goreng’ habis tatkala menjiwai lagu Kau Sangat Bererti. Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh beliau adalah Bisikan Asmara, Usah Diragui, Kau Kekasihku, Cahaya Seribu Liku, Suratan Atau Kebetulan, Wajah Kekasih, Aku Cinta Padamu dan banyak lagi.
Tidak keseorangan, persembahan Siti
juga dihiburkan oleh 2 figura negara Faizal Tahir dan Awie Rafael – dimana
mereka juga turut menyumbang lagu dalam Fragmen. Faizal Tahir menerusi AKU,
manakala Awie Rafael menerusi MULA & AKHIR.
Lebih lengkap lagi, dengan kehadiran
Tun Dr Mahathir bersama isteri mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh
dari penonton. Kita semua tahu bahawa Siti amat mengagumi kepimpinan Tun Mahathir. Dalam
perkembangan lain, selepas konsert ini, Siti bakal bertemu dengan peminat
sekali lagi dalam Muzikal Fragmen Siti Nurhaliza yang bakal diadakan pada
November 2015 ini di Istana Budaya selama 8 hari berturut-turut. Peminat mengharapkan agar konsert unplugged ini dirakam dalam bentuk CD/VCD dan DVD.
No comments:
Post a Comment