KREDIT FOTO SNTO |
Rasanya masih belum terlambat untuk
kami mengucapkan jutaan tahniah dan Selamat Ulangtahun ke-20 dalam industri
buat figura kesayangan ramai, Siti Nurhaliza. Nama Siti Nurhaliza berdiri teguh
selama 20 tahun dalam industri, beliau juga telah mengharungi pahit manis
sepanjang bergelar anak seni, kini penanyi yang terkenal dengan lagu Cindai itu
masih utuh mengukir kejayaan demi kejayaan dan membolot pelbagai anugerah di
dalam dan luar negara.
20 TAHUN! Bukanlah satu jangka masa
yang pendek, Siti yang dikenali sejak bermula tahun 1995 sehingga kini masih
sama, merendah diri, lemah lembut tutur kata bahkan seorang wanita yang
memiliki keyakinan, disiplin yang sangat hebat. Saban tahun, penyanyi kelahiran
Pahang ini tampil dengan buah tangan terbaru, pada 2014 beliau baru sahaja
mengeluarkan album pop ke-16 beliau yang berjudul FRAGMEN, walaupun mengambil
masa beberapa tahun mengumpul material dan menanti penuh debar, penantian
tersebut berbaloi apabila penghujung Jun tahun lepas, FRAGMEN selamat ‘dilahirkan’
dan sangat mendapat sambutan oleh peminatnya serta orang ramai. Album FRAGMEN
juga boleh kami labelkan antara album istimewa dan berjaya ‘menembusi tembok’
TRANSKRIPSI pada 2006 yang lalu. Setiap pemilihan lagu, lirik bahkan corak
penyampaikan beliau sangat matang menerusi album ini, bahkan beberapa lagu
dalam album ini turut menjadi perhatian seperti LEBIH INDAH (menang di beberapa
anugerah), JAGA DIA UNTUKKU (menang di anugerah), selain beberapa lagu lain
digunapakai dalam beberapa drama seperti lagu MULA & AKHIR, TERBAIK BAGIMU
dan JAGA DIA UNTUKKU.
KREDIT FOTO SNTO |
Dalam perkembangan lain, setelah
menjengah masuk ke April, sudah pasti ada beberapa kejutan yang dilayangkan
olehnya untuk peminat. Terbaru, figura ini bakal tampil menghiburkan peminat
dengan sebuah konsert- Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 yang dijadualkan
berlangsung di Istana Budaya pada 7 April ini disamping Muzikal Siti Nurhaliza
yang dikhabarkan menghiasi slot hujung tahun 2015 di Istana Budaya.
Kami berharap semuanya berjalan dengan
lancar, mempunyi kesihatan yang baik. Selamat maju jaya Siti! Selamat
Ulangtahun ke-20!
No comments:
Post a Comment