KREDIT FOTO ZIMBIO |
Bangkit dari kekalahan pada set
pertama, pilihan ketiga kejohanan – MARIA SHARAPOVA membuktikan beliau bukan
pencabar yang mudah mengalah. Walaupun tewas 4-6 pada set pertama ke atas
pemain Sepanyol yang juga pemain No.10 dunia- CARLA SUAREZ NAVARRO, Maria
meneruskan kemaraan untuk menjuarai kejuaraan kedua bagi musim 2015 dengan
kemenangan 4-6 7-5 6-1 dalam masa lebih 2jam.
Kedua-dua pemain mempamerkan aksi
bertenaga pada awal set sebelum Navarro mematahkan breaks keatas Sharapova
sebelum memenangi set pertama. Pada set kedua, walaupun pada awalnya memihak
kepada Sharapova dengan mendahului 3-1, Navarro yang menewaskan Simona Halep
pada aksi separuh akhir mengikat kedudukan sama sehingga 5-5 sebelum Sharapova
mengawal rentak perlawanan dan bawa ke 7-5. Di set akhir, Sharapova hanya
memberi peluang 1 game sahaja kepada Navarro sebelum melengkapkan mahkota
kejuaraan di Rome sebanyak 3 kejuaraan. Bukan itu sahaja, dengan kemenangan
tersebut, Maria melonjak satu anak tangga ke #2 dunia di belakang Serena Williams.
Pada aksi perseorang lelaki, pemain #1
dunia, NOVAK DJOKOVIC tepati ramalan menjuarai Terbuka Rome 2015 selepas
membenam pemain legenda, ROGER FEDERER dengan keputusan 6-4 6-3. Djokovic
meneruskan kecemerlangan pada musim ini dengan memenangi 4 dari 5 ATP Master
1000 (kecuali Madrid). Kini, beliau kelihatan sangat sudah bersedia untuk
memulakan kempen pada kejohanan Grand Slam kedua musim ini di Roland Garros.
hai Dominasi Lelaki..
ReplyDeletelama x singgah sini...hehee..
hai Nadzim Bakri. ya la kan, lama dah x singgah sini. semoga sihat ya :)
ReplyDelete