Penyanyi yang baru sahaja melancarkan
single dan MV terbaru, PRETTY GIRL duet bersama rapper terkenal, Iggy Azalea –
BRITNEY SPEARS bakal melancarkan haruman terbaru dibawah label FANTASY. Haruman
ini merupakan haruman ke-17 dari koleksi Britney sendiri, FANTASY INTIMATE
EDITION.
Britney antara selebriti popular yang
kerap tampil dengan koleksi haruman termasuk selebriti ternama antarabangsa,
Paris Hilton. Haruman edisi pertama dari Britney Spears adalah pada tahun 2004
dan kali terakhir pada 2014 sebelum FANTASY INTIMATE EDITION ini dikeluarkan
pada tahun ini. Haruman yang ditampilkan oleh penyanyi yang terkenal dengan
lagu Circus ini memang tidak pernah menghampakan. Setiap kali produk baru
ditampilkan, ianya bakal mendapat sokongan dan feedback yang sangat baik dari peminat mahupun pengguna.
Senarai haruman Britney Spears
Curious Britney Spears (2004)
Fantasy (2005)
In Control Curious (2006)
Midnight Fantasy (2006)
Believe (2007)
Curious Heart (2007)
Hidden Fantasy (2008)
Circus Fantasy (2009)
Radiance (2010)
Cosmic Radiance (2011)
Fantasy Anniversary Edition (2013)
Island Fantasy (2013)
Fantasy Stage Edition (2014)
Fantasy The Naughty Remix (2014)
Fantasy The Nice Remix (2014)
Rocker Femme Fantasy (2014)
Fantasy Intimate Edition (2015)
Sumber senarai fragrantica.com
No comments:
Post a Comment