Dr Wan Azizah kini menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kredit foto dari Page Dr Wan Azizah Wan Ismail |
Segalanya sudah terjawab. Kini
kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sudah terisi. Tahniah diucapkan
kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Dr Wan Azizah bt Wan
Ismail diangkat menjadi ahli parlimen Permatang Pauh selepas menewaskan 3 calon
lain iaitu Suhaimi Sabudin dari Barisan Nasional (BN), Salleh Isahak dari BEBAS
dan Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Wan Azizah telah menerima undian
sebanyak 30,316 undi meninggalkan calon BN dengan 21,475 undi. Calon BEBAS
menerima 367 dan PRM pula menerima undian sebanyak 101 undi. PKR memenangi
kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi. Pada pengundian kali
ini memperlihat peratusan keluar mengundi merosot dari 88% pada tahun 2013
kepada 73% sahaja pada PRK kali ini. Jumlah pengundi yang berdaftar di P.44
Permatang Pauh adalah seramai 71,699 orang. Sejak tahun 2008, ini kali pertama
dalam pilihanraya di Permatang Pauh memperlihat pertembungan 4 penjuru diantara
PKR-BN-BEBAS-PRM.
Kini secara rasmi Datuk Seri Dr Wan
Azizah bt Wan Ismail merupakan ahli parlimen bagi Permatang Pauh dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) bagi Kajang.
Keputusan Penuh
PKR – 30,316
BN – 21,475
BEBAS – 367
PRM – 101
Majoriti – 8,841
No comments:
Post a Comment