kredit dayswithdestiny.com |
Penyanyi antarabangsa yang pernah
menjadi fenomena di zaman remajanya menerusi lagu Baby One More Time, Britney
Spears hari ini tampil dengan single terbaru berjudul – PRETTY GILRS yang menampilkan Iggy Azalea. Lagu berdurasi hampir 3 minit ini menggambarkan bahawa
penyanyi yang terkenal dengan lagu Gimme
More ini bakal tampil dengan album baru yang istimewa tidak lama lagi.
Dapat dilihat, peminat setia Britney tidak sabar dengan kehadiran
buah tangan terbaru ini. Lebih menarik lagi, klip video PRETTY GIRLS ini bakal dikeluarkan tidak
lama lagi selepas ianya dijual secara rasmi di iTunes.
Album terakhir yang dilancarkan oleh Britney adalah Britney Jean iaitu pada tahun 2013. Single yang hits menerusi album
tersebut adalah Work Bi**h, Perfume. DL bagi 9.8/10 untuk lagu ini. Pertama kali dengar sudah boleh layan.
Selain Britney, penyanyi Paris Hilton juga bakal tampil dengan single terbaru pada minggu ini.
No comments:
Post a Comment