Sunday, 17 May 2015

SHARAPOVA Buru Kejuaraan Ketiga di Rome


KREDIT ZIMBIO.COM

Dua bintang hebat di gelanggang tanah liat bakal bertemu malam ini bagi memburu kejuaraan. Pemain Rusia, Maria Sharapova mengimpikan gelaran kedua buat tahun ini dan gelaran ketiga bagi Terbuka Rome manakala lawannya, Carla Suarez Navarro mengidamkan kejuaraan sulung di Rome, Italy ini.

Pada peringkat separuh akhir, pemain Sepanyol Carla Suarez Navarro mengetepikan pemain pilihan kedua dunia, Simona Halep dengan 2-6 6-3 7-5 bagi menempah slot ke perlawanan akhir. Carla berhempas pulas untuk memenangi perlawanan ini meskipun tewas pada set pertama, beliau bangkit di set kedua dan meneruskan rentak terbaiknya bagi mengesahkan kedudukan ke final Terbuka Rome di Itali. Berbeza pula dengan Maria, pemain Rusia ini mara ke final dengan kemenangan straight-set. Walaupun mendapat tentang hebat pada set pertama, Maria mencuri breaks ke atas rakan senegara, Daria Gavrilova sebelum menang 7-5. Set kedua membuktikan Maria tidak perlu berfikir panjang untuk melengahkan perlawanan. Walaupun ketinggalan 1-3 pada set kedua, Maria terus bangkit utk memenangi 5 straight game ke atas Daria dengan kemenangan rasmi 7-5 6-3.
 
KREDIT WTA
Kini, dengan tewasnya Simona pada separuh akhir dan Maria mara ke peringkat akhir, kedudukan dunia yang bakal diumumkan pada Isnin ini berubah apabila kedua pemain ini berubah kedudukan. Maria akan naik ke #2 manakala Simona jatuh ke #3 dunia. Satu kelebihan buat Maria apabila beliau diletakkan sebagai pilihan #2 kejohanan pada Grand Slam di Roland Garros tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...