Friday 20 January 2012

Facebook Keluarkan 60 Aplikasi

Anda sukakan Facebook..?? berita terbaru daripada KOSMO hari ini di Amerika Syarikat yang media rangkaian sosial gergasi tersebut telah mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna mengkatalogkan semua aspek kehidupan bermula dari filem sehinggalah buku & fesyen melalui Timeline anda. Apa sahaja yang anda suka & mahu, hanya ceritakan sahaja di Timeline.


Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor & e-reader Kobo. Sebagai contoh, salah satu aplikasi yang terdapat boleh mengesan dengan automatik buku yang telah habis dibaca @ memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.

Kata Ben Silbermann, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, laman tersebut membenarkan para pengguna mewujudkan koleksi maya. Tambahan lagi, pengguna akan lebih mudah meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahukannya.  –Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...