Friday 13 January 2012

Model METROPOLIS II yang UNGGUL..!!

Artikel ini dipetik dari akhbar KOSMO hari ini iaitu berita dari LOS ANGELES, seorang artis terkenal iaitu Chris Burden telah mencipta model bandaraya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini & pelbagai bentuk bangunan. Hasil kerja yang dihasilkan oleh Burden tersebut ditunjukkan di Muzium Seni Los Angeles dalam satu pameran yang akan diadakan sehingga 14 Januari depan.


Model tersebut mempunyai 25 bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya & seorang pengendali manusia. Kereta mini dalam ‘bandar metropolis II’ itu bergerak pada kelajuan kira2 386 km/h di sistem laluan jalan raya.

Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet & Burden berkata bahawa kereta tersebut boleh berlaggar sesama sendiri. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...