Juara Grand Slam 7 kali, Venus Williams dari Amerika Syarikat mengumumkan menarik diri daripada menyertai Terbuka Australia yang bakal berlangsung pada minggu hadapan atas sebab belum sembuh daripada menghidap penyakit sejenis virus dipanggil Sindrom Sjogren.
Berita penarikan diri tersebut diumumkan menerusi laman webnya semalam, bintang tenis tersebut hanya bersedia menyertai sirkit jelajah tenis wanita dunia ( WTA ) pada bulan Februari depan.
No comments:
Post a Comment