Wednesday 11 January 2012

Selamat Hari Lahir ke-33, Siti Nurhaliza...

11 Januari 2012..!! tarikh nie mungkin dianggap biasa oleh sesetengah pihak, tapi bagi empunya nama, Siti Nurhaliza Tarudin mungkin sangat berbeza. 11 Januari adalah tarikh terpenting dalam hidupnya, mana taknya tarikh tersebut la beliau dilahirkan & pada hari ini 11 Januari 2012 jugak, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.


Pembabitannya dalam dunia seni sangatlah disokong oleh orang ramai lebih2 lagi setiap kemunculannya memang tidak pernah menghampakan orang ramai terutamanya peminatnya. Seiring dengan tarikh 11 Januari 2012 ni jugak, saluran History akan menyiarkan secara ekslusif dokumentari khas Siti Nurhaliza pada pukul 10 malam ini. Siti berkata, ia adalah satu penghormatan baginya selepas tokoh ternama negara seperti Tun Mahathir  & Allahyarham Sudirman penah ditampilkan dalam saluran tersebut.

Bagi yang mahu mengenali insan yang bernama SITI NURHALIZA, selamat menonton malam ini di saluran History pada pukul 10 malam ye. Siaran ekslusif tersebut lain daripada yang lain, nantikannya ok..

DL : SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada SITI NURHALIZA TARUDIN, DL dh wish di twitter DCT, semoga DCT balas ye..hehhehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...