Thursday 12 January 2012

Siti, Nicholas dalam KEKUATAN CINTA..???

JAKARTA : Seandainya persefahaman & persetujuan dicapai, KEKUATAN CINTA terbitan syarikat produksi Indonesia, PT Kentfilms Production akan menampilkan penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Filem yang kini sedang dalam perancangan penerbitannya bercadang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia untuk digandingkan dengan aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra. Penerbitan filem yang bakal diarahkan oleh Iwan Sardi itu juga berhasrat mengundang pelakon berbakat, Fasha Sandha.


Selain Siti Nurhaliza & Fasha Sandha, dua artis Malaysia yang bakal membintangi filem ini ialah Melissa Saila & Raja Ema. Tidak ketinggalan jugak aktres ternama Indonesia, Christine Hakim & Dian Sastrowardoyo juga antara bintang yang disenaraikan.


Menurut Iwan, besar harapannya lamaran yang akan dibuat kepada penyanyi ternama Malaysia itu mendapat maklum balas yang positif kerana populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

“Kami sedia maklum Siti Nurhaliza lebih fokus pada bidang nyanyian berbanding lakonan. Tetapi, filem KEKUATAN CINTA itu kelak, kami hanya menampilkan Siti Nurhaliza sebagai bintang undangan. Karakter beliau dalam filem itu juga hanya sebagai penyanyi yang muncul di sebuah pertunjukan pentas” kata Iwan.


Menurut Iwan, filem KEKUATAN CINTA yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia. Filem berkenaan mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita kesakitan sehinggalah membawa kematian orang yang dicintainya itu.
KEKUATAN CINTA juga menyelitkan adegan percintaan lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.
**berita penuh, boleh la dapatkan akhbar Utusan Malaysia hari ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...